Tips merebus jagung yang mesti anda tahu
March 22, 2020
Tips merebus jagung | Suka jagung rebus? Tapi kecewa apabila jagung yang direbus menjadi kecut? Hokay, di sini CN akan kongsikan tips merebus jagung supaya tidak kecut & sudah tentu sedap seperti orang jual tu! Jom cuba tips merebus jagung yang mudah ini. Semoga berjaya mendapat jagung rebus yang gebu & sedap seperti gambar di bawah ni.
Tips merebus jagung |
TIPS MEREBUS JAGUNG
>> Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
>> Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
>> Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
>> Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
>> Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih jika suka.
>> Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.