Resepi Udang Kam Heong

September 27, 2021

Udang Kam Heong | Menu kam heong adalah masakan ala cina dengan campuran kari dan cili kisar. Agak menarik sebab bila sebut kari je, pasti akan ingat resepi dari India bukan? Sebenarnya selain udang, boleh juga menggunakan ayam atau sotong untuk masakan kam heong ini. Terpulang kepada citarasa anda sendiri. Bagi CN dan Encik Suami, udang kam heong memang terbaik & menepati citarasa kami. Rasa manis udang dengan pedas kari & cili kisar, memang umph! Jadi jom cuba resepi mudah dan ringkas ini iaitu udang masak kam heong.

Resepi Udang Kam Heong

udang kam heong, udang masak kam heong, resepi kam heong ketam, udang masak chinese style, apa itu kam heong, resepi udang
Resepi udang kam heong yang mudah

Bahan-bahan Membuat Udang Kam Heong


Udang (Goreng sedikit dan ketepikan)
Bawang besar dibahagi 2 (dicincang dan dipotong bulat)
Bawang putih (dicincang)
Halia (hiris halus)
Cili padi (dihiris)
Serbuk kari + cili kisar + air (dicampur jadi seperti pes)
Daun kari
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap
Air asam jawa (sedikit)
Gula (jika perlu)
Garam

udang kam heong, udang masak kam heong, resepi kam heong ketam, udang masak chinese style, apa itu kam heong, resepi udang
Selamat mencuba resepi udang kam heong yang sedap ni! 

Cara Membuat Udang Kam Heong


>> Tumis bahan cincang dan daun kari sehingga masak
>> Kemudian masukkan pes campuran serbuk kari, cili kisar dan air.
>> Tumis sehingga naik bau & pecah minyak
>> Masukkan air asam jawa dan semua jenis bahan sos
>> Perasakan dengan gula dan garam sedikit. Macam CN apabila guna udang, dah tak perlu masukkan gula. Terpulang kepada anda. 
>> Akhir sekali masukkan udang dan bawang yang dipotong bulat.
>> Siap udang kam heong ! 

Selamat mencuba!


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.