Resepi nasi butter ala KFC
September 15, 2021
Resepi nasi butter ala KFC | Assalamualaikum& salam sejahtera. Hokay korang, hari ini CN nak share resepi nasi butter ala KFC. Teringin sangat nak makan KFC tapi sebab risau dengan covid-19 ni, CN pendamkan hasrat untuk ke sana. Jadi masak lah sendiri di rumah nasi butter ringkas ala KFC di tambah dengan ayam goreng rangup by Ayamas ! Cuma coleslaw tiada sebab ketidakcukupan barang di rumah. CN makan dengan salad je. Jadi lah kan dari tiada.
Hokay jom cuba resepi nasi butter ala KFC yang super ringkas tapi pasti sedap.
Hokay jom cuba resepi nasi butter ala KFC yang super ringkas tapi pasti sedap.
Resepi nasi butter ala KFC
Nasi butter sesuai dimakan begitu sahaja bersama ayam goreng ala-ala KFC |
Bahan-bahan membuat nasi butter
>> 4 cawan beras
>> 2 sudu butter
>> 2 biji bawang merah di mayang halus
>> sehelai daun pandan
>> 2 kiub ayam
Cara-cara membuat nasi butter
>> Basuh beras dan toskan.
>> Cairkan butter dalam periuk nasi. Goreng bawang hingga naik bau
>> Masukkan beras. Kacau rata & masukkan air secukupnya.
>> Akhir sekali masukkan daun pandan dan kiub ayam. Kacau sebati
>> Hokay, dah siap nasi butter ala KFC. Boleh makan dengan ayam goreng macam KFC.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.