Mantin Durian Gemuk
February 16, 2020
Mantin Durian Gemuk | Kalau ke Mr Manshor Kopitiam Power, tidak sah baliknya menyinggah ke kedai Mantin Durian Gemuk. Jika bernasib baik, aneka jenis durian ada di jual di sana. CN pernah singgah dalam pukul 9 malam, habis semua jualan durian di kedai ini! Glamer tak glamer lah kedai Mantin Durian Gemuk ni kan. Selain durian, ada juga dijual pelbagai buah lain seperti cempedak, nangka dan lain-lain. Bestnya di sini ada tempat untuk anda berbahagia makan durian yang dibeli pada harga yang menarik.
Sudah namanya pun Mantin Durian Gemuk, sudah pasti durian disini gemuk-gemuk hokay ! Puas hati sangat makan. Harga pun murah berbanding kedai lain.
Sudah namanya pun Mantin Durian Gemuk, sudah pasti durian disini gemuk-gemuk hokay ! Puas hati sangat makan. Harga pun murah berbanding kedai lain.
Durian kahwin, gemuk-gemuk kan? Bahagia betul makan hokay |
Pelbagai jenis durian di jual di Mantin Durian Gemuk
Bestnya di sini ada dijual pelbagai jenis durian dan gred. Anda boleh tanya dengan pekerja di situ, durian apa yang anda mahu dan berapa kilo. Sediakan duit je tau! CN kalau ke sini, tak habis beratus untuk durian memang tak sah! Bukan selalu datang kan, apa salahnya berbelanja! Chewah !
CN suka makan di Mantin Durian Gemuk ini kerana tempatnya yang luas, ruang parking yang banyak dan juga disediakan toilet serta surau untuk pelanggan. Memang selesa disini.
CN yakin, jika anda adalah kaki durian, pasti tidak menyesal apabila ke sini. Lagi best bila menikmati durian bersama keluarga & rakan-rakan, rasa seronok & bahagia kan? Tapi awas jangan terlalu banyak makan durian, boleh panas badan tau!
Jadi nasihat CN, makan sikit durian di kedai & kemudian tapau bawak balik rumah. Dah sampai rumah, simpan durian dalam fridge, esok makan sejuk-sejuk. Fuh, sambil pejam mata makan tau! Hahahaha..
Irfan & Dhia Zahra yang excited memilih durian kononnya ! |
Lokasi Mantin Durian Gemuk
Anda boleh waze Mantin Gemuk Durian atau klik je google map di bawah. Kalau dah sampai ke Mantin Durian Gemuk tu jangan lupa tag CN di facebook atau instagram gambar anda menikmati durian yang maveles tu!
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
1 comments
Peminat durian bolehlah terjah tempat ni
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.