Contoh Surat Makluman Ibubapa Untuk Aktiviti Di Luar Sekolah

February 18, 2020

Contoh Surat Makluman Ibubapa Untuk Aktiviti Di Luar Sekolah | Pernah dengar tentang guru disaman oleh ibubapa kerana membawa anak murid dan terlibat dalam kemalangan? Realiti sekarang, biar lah guru mati ketika bertugas, bukannya anak murid yang dibawa dengan kenderaan sendiri itu. Sebagai cikgu, CN cuba sentiasa mengikut SOP. Jadi, antara jalan selamat adalah meminta ibubapa membawa sendiri anak mereka ke tempat aktiviti luar sekolah yang dijalankan. 

Contohnya bengkel teknik menjawab matapelajaran Sains Komputer peringkat daerah selalu di buat di luar sekolah. Dua cara yang betul dan 'selamat' adalah dengan menempah bas atau van untuk membawa pelajar atau meminta sendiri ibubapa membawa anak mereka ke sana. 

Untuk meminta ibubapa membawa sendiri anak mereka ke tempat kursus/bengkel, di sini CN kongsikan contoh surat makluman ibubapa untuk aktiviti di luar sekolah. Perlu disertakan sekali borang kebenaran aktiviti luar yang boleh didapati di pejabat sekolah. 

surat makluman ibubapa, contoh surat, surat aktiviti luar sekolah,
Surat Makluman Ibubapa Untuk Aktiviti Di Luar Sekolah


Contoh Surat Makluman Ibubapa Untuk Aktiviti Di Luar Sekolah




 [Letterhead sekolah]





Ruj. Kami: SMKTPG. 600-4/1/15 ( )
Tarikh      : 26 September 2019
Ibubapa / Penjaga
Pelajar 5 SK
SMK Telok Panglima Garang
42500 Telok Panglima Garang
Kuala Langat

Tuan/ Puan,

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATAPELAJARAN SAINS KOMPUTER SPM PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

            Tarikh             : 30 September 2019 (Isnin)
            Masa               : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
            Tempat            : Dewan Politeknik Banting

3.         Sehubungan dengan itu, ibu bapa diminta untuk menghantar dan mengambil anak sendiri. Ibu bapa juga bertanggunggjawab jika berlaku apa-apa terhadap anak dibawah jagaan tuan/puan.

4.         Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tuan/puan boleh berhubung dengan Guru Mata Pelajaran Sains Komputer iaitu Pn W. Afizah bt Wan Yusof (no. hp) dan Pn Norazimah bt Abd Talib (no.hp).

Sekian, untuk makluman pihak tuan/puan.

Terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah, 


....................................................
 [Pengetua]

.....................................................................................................................................................................................................................................................
(Keratan Jawapan)

Saya.........................No. Kad Pengenalan...................ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama ..................... Tingkatan ....... bersetuju / tidak bersetuju anak  di bawah jagaan saya mengikuti program tersebut.

Tandatangan ibubapa

....................................................
(                                                )




Ringkas dan padat surat makluman ini bukan? Pastikan juga surat ini ditandatangani 'hidup' oleh Pengetua. Insya-Allah jika ada apa-apa terjadi, cikgu sudah ada 'hitam putih' yang boleh dibawa masuk ke mahkamah. 

Mencegah lebih baik dari mengubati bukan. Biarlah kita mencegah dan mencuba jalan selamat dalam dunia perguruan ini. Lambat lagi nak pencen weii...


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.