Bantuan Awal Persekolahan RM100
February 27, 2020
BantuanAwal Persekolahan (BAP) | BAP mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bertujuan
untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung
oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan Awam
Persekolahan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau
yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah
Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Bantuan Awal Persekolahan ini yang antara lain bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
Antara pelajar CN yang menerima Bantuan Awal Persekolahan 2020 |
Syarat Kelayakan Menerima Bantuan Awal Persekolahan 2020
Pemberian
BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Bantuan Awal Persekolahan ini diberikan kepada keluarga yang berpendapatan di bawah RM3000 |
Kaedah Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan 2020
Bantuan
Awal Persekolahan ini disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
secara berperingkat terus ke;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Selfie sikit dari 4SK 2020 |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.