8 kelebihan sauna yang mesti anda tahu
February 24, 2020
Kelebihan sauna | Bila sebut tentang sauna, pasti terbayang tentang khemah panas dan yang kelihatan cuma kepala sahaja kan? Eh, itu CN. Anda pula macam mana? Sauna ini sebenarnya ada pelbagai bentuk. Sauna bermaksud mandi wap yang menyegarkan badan. Maksud lain sauna pula adalah bilik atau bangunan tempat mandi wap. Jadi, kesimpulannya disini, bila sebut sauna pasti berkaitan dengan wap dan panas. Sauna ni sememangnya mempunyai banyak kelebihan kerana ia telah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi.
Sebelum menjadikan amalan sauna ini sebagai aktiviti wajib kita, anda perlu tahun kelebihan sauna supaya anda akan rasa ber'salah'nya apabila tidak bersauna sekurang-kurangnya seminggu sekali! Percaya lah, ini yang CN rasa sejak mengamalkan aktiviti sauna sebagai aktiviti wajib mingguan hokay.
8 Kelebihan Sauna Yang Mesti Anda Tahu
1. Sauna Membakar Kalori
- Tahukah anda, dalam satu sesi sauna dapat membakar hampir 300 hingga 400 kalori? Seseorang itu boleh berpeluh sebanyak 500 g dalam satu sesi. Hah, jadi disini, bersauna adalah salah satu kaedah untuk membantu membentuk badan menarik dengan membakar kalori kita. Ini lah antara faktor kenapa CN sentiasa gigih bersauna sekurang-kurangnya seminggu sekali. Semoga nampaklah perubahan nanti sebelum raya, hehe.
2. Detokfikasi
- Kita sedia maklum, proses sauna adalah proses mengeluarkan peluh yang banyak dalam masa yang singkat. Haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit atau dalam bahasa sainsnya peluh. Proses penyingkiran peluh ini merupakan salah satu proses detokfikasi badan yang paling mudah.
3. Kulit yang cantik
- Apabila berpeluh, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyebabkan kulit wajah menjadi kemerah-merahan. Pada masa yang sama, aktiviti sauna yang kerap akan menjadikan kulit wajah berseri-seri dan awet muda. Best kan?
4. Melegakan otot dan mengurangkan sakit/sengal otot dan serta sendi
- Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah kita mengembang. Ini menyebabkan peningkatan peredaran darah. Proses ini dapat melegakan kesakitan otot terutama selepas bersenam. Dengan kata lain, sauna ini membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
Bersauna ini juga dapat menenangkan fikiran |
5. Mengurangkan stress
- Apabila otot dan sendi relax dalam proses sauna, ia juga dapat mengurangkan stress. CN sendiri rasa relax dan tenang semasa bersauna. Me time gituw.
6. Mengurangkan masalah selesema
- Oleh kerana tubuh badan terdedah kepada panas sauna dan wap, ia menghasilkan sel darah putih lebih cepat seterusnya membantu melawan penyakit dan membantu membunuh virus. Lagi menarik jika anda menggunakan bahan untuk bersauna seperti serai wangi, memang
7. Tidur yang nyenyak
- Perkara yang paling CN suka selepas bersauna ini adalah tidur yang nyenyak. Mungkin badan letih setelah membakar kalori yang banyak dapat membantu tidur yang nyenyak ini. Manalah tahu.
8. Mengurangkan risiko hypertension
- Panas dari sauna membantu melegakan otot badan, meningkatkan peredaran darah dan merangsang pembebasan endorfin yang membantu menenangkan fikiran. Pembebasan endorfin ini dapat mengurangkan risiko hypertension atau tekanan.
Jadi bagaimana? Percaya tak cakap CN bahawa bersauna ini merupakan salah satu aktiviti yang bukan sahaja baik untuk badan, malah dapat menenangkan fikiran. Jadi jom lah kita ber'me time' dengan bersauna.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
2 comments
Dah lama tak bersauna.
ReplyDeleteLast masa zaman belajar dulu, kat bawah apartment ada bilik sauna.
Huhuhu.
bestnya, sebulan sekali ke sauna pun pasti seronok ^_^
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.