5 Must-Eat Restaurants in Penang
February 18, 2020Bila ke Penang, antara perkara yang terlintas di fikiran adalah
pemandangannya yang sangat cantik. Banyak betul tempat menarik boleh dilawati
kat sana seperti Bukit Bendera, Pantai Tanjung Bungah, Teluk Duyung, The
Habitat dan yang paling amazing tak lain dan tak bukan sudah tentulah Jambatan
Pulau Pinang. Boleh juga merasa naik feri dari tanah besar ke pulau mutiara
tu.
Di Penang bukan saja tertawan dengan pemandangan malah dengan menu
makanannya juga. Boleh kecur air liur ni saat terkenangkan menu makanan Penang
yang sedap-sedap. Ada nasi lemak kaw, ada nasi kandar ohsem, ada cendol lemak
manis dan lain-lain lagi. Boleh gemuk rasanya kalau stay kat Penang ni
lama-lama.
Tapi tak dinafikan yang di Penang tu juga kesesakan lalu lintas boleh
buat hati rasa sakit! Lagi-lagi kalau kebetulan baru je sampai. Ah malas rasa
nak keluar dari bilik semata untuk mencari restoran yang sedap ni. Tapi, nak
tak nak lapar, maka jalan terbaik untuk atasi masalah ni adalah dengan
menggunakan food delivery penang.
5 Must-Eat Restaurants in Penang
Antara 5 restoran yang dirasakan patut untuk nikmati menu masakannya
semasa berada di Penang adalah :
#1 - Nasi Kandar Pelita (Macalister Road)
Tak lengkap rasanya kalau ke Penang tapi tak pekena nasi kandar. Dengan
lauk pauknya yang bersaiz besar, di tambah pula kuah banjir di atas nasi putih
panas. Memang terangkat habis! Paling best kalau boleh makan telur sotong.
Memang sedap amat tu.
#2 - Kopitan Classic Penang Delight (Georgetown)
Jika terasa nak makan menu makanan cina pula, boleh cuba menu dari
Kopitan Classic Penang Delight. Kat sini macam-macam menu ada. Dari nasi, mee,
makanan nyonya, makanan barat, spaghetii, roti & toast dan banyak
lagilah!
Boleh rambang mata dibuatnya. Sebut nak makan apa, InshaAllah kat sini
ada. Dan kedai ini juga berstatus halal. Ohya, makanan special Kids Meal pun
ada juga. Jadi ibu ayah boleh nikmati makanan kegemaran masing-masing tanpa
perlu risaukan menu untuk anak-anak.
#3 - Restoran Makbul (Bandar Sunway)
Jika nak rasa menu Penang yang lain seperti cucur udang dan pasembor,
boleh order dari Restoran Makbul. Nasi kandar dengan kari kepala ikan, sotong,
udang dan bermacam jenis lauk lain juga ada jika mahu. Restoran Makbul
beroperasi 24 jam dan ada beberapa cawangan di sekitar Penang. Mudahlah, kalau
lapar boleh order mengikut sebarang menu pilihan yang ingin dinikmati.
#4 - Maznah Cafe
Bagi yang kurang gemar dengan menu masakan mamak dan kari ni, jangan
susah hati. Kalian boleh nikmati menu makanan melayu dari Maznah Cafe. Kat sini
boleh order masakan panas seperti nasi goreng, sup tulang, tomyam, bihun
hailam, sambal pecal, tempe berlada dan bermacam menu yang lain lagi. Jika
pening kepala tak tahu nak pilih menu yang mana, boleh terus order set nasi
goreng ayam penyet.
#5 - Lem Burger Bagan Ajam
Nak jemu makan nasi? Nak tukar selera dengan menu makanan western? Tak
ada masalah. Di Penang memang ada banyak restoran yang menyajikan menu masakan
ala barat ni. Salah satu daripadanya adalah Lem Burger.
Tengoklah antara menu yang ada tu. Bila lihat burger dengan cheese
melimpah ruah terus rasa kecur air liur. Menu begini semua golongan boleh
makan. Cuma soal rasa itu bergantung pada citarasa masing-masing.
Rasa Lapar? Malas Nak Keluar? Order Je Secara Online
Macam yang CN cakap tadi, jika rasa nak makan menu-menu ni semua, tak
payah nak susah payah drive. Jika rasa penat berjalan sepanjang hari lihat
keindahan Pulau Pinang tu, boleh duduk rehat sambil tonton TV. Nanti makanan tu
sendiri boleh sampai hingga ke muka pintu.
Salah satu delivery service yang sering digunakan di Penang tak lain dan
tak bukan adalah Food Panda. Layari website Foodpanda, masukkan lokasi,
pilih penghantaran, buat tempahan menu yang diinginkan kemudian tunggu saja
makanan tu sampai.
Apa lagi, jom kita ke Penang!
~ Sharing is caring
from Cekgu Norazimah ~
4 comments
menarik semua menu.. nasi kandar tak tahan tu! makan sana sini tetap teringat yg kat penang juga huhu
ReplyDeleteKena pergi Penang lagi ni.
ReplyDeletetak cukup kalau pi penang dalam masa sehari ja ^_^
ReplyDeleteWah..semuanya sedap belaka..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.