5 minutes plank, anda akan lihat hasilnya!

February 25, 2020

5 minutes plankPernah dengar tentang senaman 5 minutes plank? Ya, hanya 5 minit senaman plank & nampak mudah tapi ia memberi impak yang sangat besar!  Plank adalah salah satu jenis senaman rintangan paling efektif yang anda boleh lakukan. Kenapa? Kerana senaman plank ini hanya memerlukan sedikit masa tetapi ianya memberikan keputusan yang sangat memberangsangkan dalam jangka masa yang pendek.

Untuk pengetahuan anda, otot abdomen adalah satu-satunya kumpulan otot dalam badan kita yang tidak bersambung dengan tulang. Ini bermakna otot abdominal memberi sokongan kepada bahagian belakang dan tulang belakang. Otot abdomen ini memainkan peranan penting untuk mengelakkan kecederaan. Bagaimanapun, untuk memastikan otot abdomen berfungsi dengan baik, otot teras haruslah kuat dan dilatih secara kerap. Amalan senaman plank setiap hari adalah sangat bagus untuk memperkuatkan otot teras serta menyokong tulang belakang anda.

Baiklah, disini CN kongsikan 7 kelebihan apabila anda mengamalkan 5 minutes plank setiap hari.

5 minutes plank, waktu senaman plank, kurus dengan plank, cabaran plank 30 hari, jadual plank, plank berapa kali sehari, tips plank lama, senaman kempiskan perut
5 minutes plank, anda akan lihat hasilnya! 

7 Kelebihan Senaman Plank


1. Mengempiskan perut

Sudah tentu tujuan utama CN berminat untuk mengamalkan senaman plank ini adalah untuk mengembiskan perut. Apabila mengamalkan senaman plank ini, lebih kurang 10 peratus lemak akan terkumpul di bahagian perut dan lemak ini dipanggil lemak viseral. Dengan melakukan rutin senaman plank ini, ia dapat membantu mengoptimalkan proses metabolisme tubuh untuk membersihkan racun, penyerapan gizi, hingga membantu mengimbangkan hormon tubuh dengan lebih efisien. Malah, amalan konsisten senaman plank ini membantu untuk mengempiskan perut!

2. Mengurangkan masalah sakit belakang

Satu kenyataan yang ditulis dalam sebuah portal, Livestrong, posisi plank dapat menjaga vertebra dan ligamen bahagian tulang belakang supaya menjadi lebih kuat. Ini kerana, senaman plank dapat membantu otot bahagian belakang supaya lebih stabil, kuat dan fleksibel sehingga membantu mengurangkan masalah sakit belakang.

 


3. Membantu meningkatkan metabolisme

Senaman plank adalah cara terbaik untuk mencabar seluruh badan anda kerana melakukan senaman ini setiap hari akan membakar lebih banyak kalori berbanding senaman abdomen yang lain seperti crunches atau sit-up. Otot yang dirangsang semasa melakukan senaman ini setiap hari akan memastikan anda membakar lebih banyak tenaga walaupun anda sedang tidak aktif. Ini adalah penting jika anda menghabiskan sebahagian besar hari anda dengan duduk di hadapan komputer. Tambahan pula, dengan mengamalkannya senaman plank sekurang-kurangnya 5 minit sehari sebelum atau selepas kerja bukan sahaja membantu meningkatkan kadar metabolisme badan tetapi ia juga akan memastikan kadar yang metabolik anda kekal tinggi sepanjang hari.

 

4. Anda akan menjadi lebih fleksibel
Fleksibiliti adalah manfaat utama melakukan senaman plank secara kerap. Ini kerana senaman plank ini membuatkan otot posterior anda mengembang dan menarik pada masa yang sama di mana bahu, tulang belikat dan tulang selangka serta ia juga meregang otot hamstrings, kaki dan jari kaki anda. Dengan menambah senaman ‘side plank’, anda juga boleh melatih pada otot oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang, yang mana ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda.

 

5. Pengaliran nafas yang lebih lancar

Ketika anda menahan tubuh badan menggunakan kedua-dua belah lengan semasa melakukan senaman plank, ia dapat membantu sistem saraf badan dan pernafasan berfungsi dengan lebih lancar. Selain itu, senaman plank yang kerap ini juga dapat membantu organ dalaman seperti bahagian usus melakukan proses pencernaan dengan lebih sempurna.

6. Membantu memperbaiki postur & keseimbangan badan
Melakukan senaman plank akan meningkatkan keupayaan anda untuk berdiri dengan postur lurus dan stabil. Melalui pengukuhan otot teras, anda akan dapat mengekalkan postur yang betul pada setiap masa kerana kekuatan otot di abdomen memberi kesan mendalam kepada keadaan leher, bahu, dada dan belakang anda.

Pernahkah anda cuba untuk berdiri di atas satu kaki, anda tidak dapat berdiri tegak selama lebih daripada beberapa saat bukan? Tahukah anda ini adalah kerana otot abdomen anda tidak cukup kuat untuk memberikan keseimbangan yang anda perlukan. Senaman plank, ‘side planks’ dan ‘planks with extensions’ dapat membantu memperbaiki keseimbangan dan meningkatkan prestasi anda dalam semua jenis aktiviti sukan.

7. Mengurangkan stress
Senaman plank memberi impak kepada sistem saraf, menjadikannya satu cara yang sangat baik untuk meningkatkan mood dan membantu mengurangkan stress. Bagaimana? Senaman plank ini meregangkan kumpulan otot yang memberi rasa stress dan ketegangan dalam badan. Contohnya: anda duduk di atas kerusi setiap masa, tidak kira di rumah atau di tempat kerja, otot paha anda menjadi ketat, seterusnya kaki anda menjadi berat kerana telah dibengkokkan selama beberapa jam, manakala bahu anda pula akan tegang kerana membongkok ke depan sepanjang hari menghadap komputer.

Semua keadaan ini meletakkan tekanan kepada otot dan saraf anda. Berita baiknya ialah, dengan mengamalkan senaman plank setiap hari, bukan sahaja dapat membantu melegakan otak anda, tetapi ia juga berupaya untuk merawat simptom depresi yang hadir dalam bentuk fizikal.

Baiklah, itu sahaja 7 kelebihan senaman plank yang dapat CN kongsikan. Jadi macam mana, rasa teruja tak untuk mencuba senaman plank ini setiap hari?

Tempoh masa terbaik untuk melakukan senaman plank.


Oh ya, jangan pula terlalu teruja untuk melakukan senaman plank sehingga melakukannya dalam masa yang sama. Cukup lah dengan melakukan senaman plank ini selama 10 kiraan atau 30 saat sahaja untuk 3 set. Ataupun cara CN dalam masa 5 minit, lakukan senaman plank untuk 1 minit, rehat 1 minit dan seterusnya untuk 3 set. Mudah je bukan?

Selamat bersenam dan jom sihat!

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Nice sharing cikgu..akak pun kekadang buat, tapi tulah cepat nau pancit...heheheh

    ReplyDelete
  2. konsisten buat plank ni memang akan nampak dan dapat hasilnya ^_^

    ReplyDelete
  3. Saya nak plank dua minit pun tak boleh dah.. tak ada stamina

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.