4 tips shopping sale online yang mesti anda tahu
February 15, 2020
Apabila tiba hujung tahun, pasti anda akan ter'jumpa' pelbagai promosi seperti 'Jualan Akhir Tahun', 'Clearanse stok sale' dan macam-macam lagi. Hah! Jangan mudah terpedaya ye. Pastikan anda ikut tips shopping sale online supaya poket tidak merana. Almaklumlah, hujung tahun sakan duk habiskan duit, awal tahun pulak anak hendak mulakan sekolah dah terjelepuk nak cari duit! Jadi, berhati-hati ketika shopping online ye.
4 Tips Shopping Sale Online
Acara
membeli-belah yang terbesar di negara ini yang dinamakan sebagai Online
Revolution Malaysia bakal menjelma tidak lama lagi. Malah kita sekarang sudah beralih
kepada mood untuk membeli-belah sempena perayaan yang bakal tiba dan sesi persekolahan baru untuk tahun depan. Ini kerana mengikut
kebanyakan online retailers, hampir 70% pembeli online sudah bersedia untuk mendapatkan
promosi sempena Jualan Hujung Tahun.
Jangan tak percaya, sebagai cikgu juga memang eksited untuk memulakan tahun baru dengan pelbagai barangan keperluan baru seperti alatan tulis baru, handbag baru, kasut baru malah baju baru !
Jangan tak percaya, sebagai cikgu juga memang eksited untuk memulakan tahun baru dengan pelbagai barangan keperluan baru seperti alatan tulis baru, handbag baru, kasut baru malah baju baru !
Disini CN ingin berkongsi dengan anda tips shopping sales online. Apa yang perlu anda tahu tentang
sales online ini ?
· 1. Scan
for deals – anda harus
tahu laman sesawang atau butik fesyen online yang manakah mempunyai tawaran terbaik.
Buat senarai anda sendiri untuk memudahkan pembelian anda, dengan ini anda tidak
perlu membazir masa untuk mencari website online shopping yang terbaik di
internet. Sebaliknya, ikut sahaja senarai butik online kegemaran yang anda sudah
serasi seperti Lazada, Zalora dan banyak lagi.
· 2. Jangan bazirkan baucer online anda
– apabila ianya tentang kod baucer online, gunakan! Pilih apa sahaja barang
yang anda mahukan dan pergi ke halaman membeli dan pastikan ruang promosi itu tidak
dibiarkan kosong. Ada pelbagai lamanweb yang menawarkan baucer seperti Cuponation, CouponKoz.my dan Saleduck.
3. Sentiasa
lihat calendar –
ini adalah antara trick membeli-belah online yang telah CN pelajari sejak beberapa
tahun yang lalu. Kebanyakan butik online Malaysia akan mengadakan jualan murah pada
awal dan penghujung bulan sekitar tarikh 26-28. Oleh itu plan masa untuk
shoping anda dengan hemah.
· 4. Rajinkan
diri anda untuk membuat perbandingan – sentiasa fikir di luar
kotak dan kadang-kala anda harus jauhkan daripada online retailer yang
anda sudah terbiasa kerana ada masanya dua laman sesawang yang berbeza mungkin menawarkan
kasut yang sama tetapi dengan harga yang berbeza!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
8 comments
husna selalu buat perbandingan je.. yg lain tu tak pernah lgsung.. :D
ReplyDeletekena cuba pulak kaedah lain ye ;)
Deletenice info :) thks cikgu
ReplyDeleteu r welcome ;)
DeleteWahh..nice tips CN..saya dlm kategori malas nak buat perbandingan..pening nak tengok angka2 RM tu..so, lepas ni kena rajin le jugak untuk jadik pembeli yang bijak berbelanja..haha
ReplyDeletejadilah pengguna yang bijak ! hehehe
DeleteINformasi terbaik..easy to follow up this info.
ReplyDeleteterima kasih ;)
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.