Rawatan Fat Freezing di Healife yang mesti anda cuba

November 11, 2019

Rawatan Fat Freezing atau Cool Sculpting | Jika sebelum ini, CN hanya tahu kaedah pemanasan untuk menghapuskan lemak pada sasaran yang tidak diingini bagi membentuk kontur tubuh badan idaman. Tapi kali ini CN akan berkongsi dengan anda tentang satu kaedah penyejukan lemak yang boleh membantu membentuk kontur badan idaman. Kaedah ini adalah Fat Freezing atau Cool Sculpting. Ia bukan lah program penurunan berat badanRawatan fat freezing adalah salah satu pakej program penurunan badan. Ianya merupakan kaedah tanpa pembedahan untuk membentuk kontur badan. Kaedah Fat Freezing ini menggunakan mesin yang bertindak untuk membekukan dan menghancurkan lemak. Menarik bukan?

Fat Freezing, Cool Sculpting, Rawatan Fat Freezing, testimoni rawatan fat freezing, cryotherapy, testimoni fat freezing, pengalaman fat freezing, fat freezing berkesan, apa itu fat freezing
CN sudah mencuba rawatan Fat Freezing di Healife, anda bila lagi?

Rawatan Fat Freezing di Healife


Ramai cakap CN nampak kurus, tapi hakikatnya lemak di perut dan bahagian sayap memang tidak dapat disembunyikan. Bentuk badan CN macam epal, tak balance tau. Untuk pengetahuan anda, rawatan Fat Freezing akan membekukan dan menghapuskan sel-sel lemak. Kemudian lemak tersebut akan dikeluarkan secara natural dari badan. Dengan diet dan exercise, memang sukar untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Tapi ingat ye, CN bukan sahaja fokus nak buang lemak pada perut sahaja, tapi juga untuk kesihatan. Yela, lemak ni bukan baik pun kalau banyak sangat dekat perut tu!

Hokay, terapi ini juga dianggap bagus kerana ia menyasarkan tempat-tempat lemak yang degil yang berkumpul dimana senaman dan diet yang sihat tidak boleh fokus kearah tempat tersebut. Ia juga akan meyingkir sel-sel lemak dari badan dimana diet dan senaman hanya mengecilkan sel sel lemak dan bukan menghapus. Jadi CN ingin mencuba kaedah Fat Freezing ini yang membantu menyingkirkan lemak di bahagian bermasalah. Tempat pilihan CN adalah di Healife Integrative Health Centre yang terletak di Menara Olympia, Kuala Lumpur. 


Fat Freezing, Cool Sculpting, Rawatan Fat Freezing, testimoni rawatan fat freezing, cryotherapy, testimoni fat freezing, pengalaman fat freezing, fat freezing berkesan, apa itu fat freezing
Bagaimana rawatan Fat Freezing bertindak


CN memilih Healife kerana di sini sangat selesa & mesra kanak-kanak. Semasa CN menjalankan rawatan, anak-anak CN bermain bahagia di tempat khas sambil dilayan therapist di sana. Tempat ni memang sangat sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menjalankan treatment sambil tak perlu risau tentang anak-anak.

Di Healife ini, semua doktor dan therapist adalah dari mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. No worries hokay. Jom CN cerita tentang pengalaman CN mencuba rawatan Fat Freezing di Healife. 

Pengalaman CN mencuba rawatan Fat Freezing atau Cool Sculpting



Masuk sahaja ke Healife, CN dikehendaki untuk mengisi borang maklumat diri. Selepas itu, vital signs dibuat. Vital sign dibuat untuk mengetahui tentang sejarah perubatan dan kontraindikasi. Kemudian berat CN diambil dengan mesin khas. Mesin khas ini juga dapat check lemak & muscle pada bahagian badan dan juga lebihan air dalam badan kita. Disini dapat dikenalpasti bahagian badan mana yang mempunyai lemak yang banyak dan patut disingkirkan. Selesai vital signs, CN terus dibawa untuk sesi consultation bersama doktor. 

Selepas mendapat consultation dari doktor, CN terus ke bilik rawatan. CN paling suka akan rawatan slimming di Healife ini kerana client tak perlu menanggalkan semua baju seperti di sesetengah tempat. Paling best, tak perlu ambil gambar konon-konon untuk bagi nampak perubahan sebelum & selepas. Jika anda biasa melakukan rawatan slimming, pasti anda faham bukan?

Okay, untuk rawatan fat freezing di Healife ini, dua orang physiotherapist akan melakukan proses rawatan. Menariknya, sebelum sesi rawatan dibuat, physiotherapist ini akan menerangkan secara terperinci tentang setiap procedure serta kesannya kepada CN. Best kan? Memang CN faham bebenar tentang mesin fat freezing ni. Macam nak beli dekat rumah je! Eh!

Oleh kerana punca kenaikan badan CN disebabkan oleh stress, rawatan Lymphatic Drainage dibuat untuk mengurangkan berat badan & Deep Tissue Massage untuk melegakan otot. Physiotherapist dari Healife yang berpengalaman mengurut leher dan bahagian belakang badan CN. Urutan ini boleh mengurangkan stress dan CN rasa relax je tau. Bestnya physiotherapist di sini sangat peramah dan sentiasa bertanya sama ada CN nak urutan yang kuat atau lembut.

Selepas itu, proses rawatan fat freezing atau cool sculpting di lakukan. Physiotherapist meletakkan cool pad pada bahagian rawatan untuk mengurangkan rasa sejuk. CN memilih melakukan fat freezing ini pada bahagian perut kerana disitu lemak paling banyak sukar dibuang ! Hehehe..

Tiga step di lakukan iaitu 20 minit untuk setiap step. Semasa rawatan, rasa macam perut CN di tarik-tarik manja, tak sakit pun tau. Jika anda nak rasa kuat, boleh je minta physiotherapist untuk kuatkan. Sebab rasa perut ditarik-tarik manja, CN boleh tidur semasa rawatan tau. 

Selepas selesai rawatan, physiotherapist menerangkan perkara yang perlu dibuat untuk mendapatkan kesan maksimum rawatan. Antaranya adalah :

>> jangan buat aktiviti lasak dalam tempoh masa 3 hari selepas rawatan
>> banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari
>> lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

Video Rawatan Fat Freezing di Healife



Pakej Post Natal di Healife


Di Healife, terdapat juga pakej post natal yang sesuai sangat untuk mama selepas bersalin tau. Antaranya adalah :

>> Slimming
>> Increase lactation
>> Vaginal Rejunation
>> Strengthen Uterus & Abdomen Muscle
>> Treatment for Baby

Berminat untuk mencuba rawatan fat freezing/cool sculpting  dan pakej post natal ini?


Okay, hanya hubungi Healife di bawah :

Lamanweb : www.healife.com.my

Walk in ke : 
Level 2, Menara Olympia, No 8 Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Email : enquiry@healife.com.my

No. tel : +603 2710 1025

Whatsapp : +6018 400 1025

Facebook : https://www.facebook.com/healife.com.my/

Instagram : https://www.instagram.com/healife_malaysia/



~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.