Nikmati hidup yang terbaik dengan perlindungan Prebiotik Oat dalam Aveeno dan Aveeno Baby

September 20, 2019

Menjalani kehidupan terbaik bersama bayi anda menjadikan alam keibuan sungguh bermakna. Bersama-sama, anda mencipta kenangan indah bersama bayi anda. Namun, bagaimana anda berdua boleh gembira, sihat dan dilindungi daripada serangan berterusan terhadap kulit anda?

Aveeno® memahami keperluan untuk menghasil dan mengekalkan pelindung kulit yang sihat, supaya ibu dan bayi dapat melalui kehidupan seharian tanpa perlu risau. Kami menggelar pengembaraan hidup ini "Skinventures", yang meliputi aktiviti seperti berkelah, berenang hinggalah bermain di pantai.
aveeno, aveeno baby, aveeno baby eczema, aveeno baby set, aveeno baby cream, aveeno baby bath, aveeno baby eczema wash, aveeno baby review, aveeno baby products, aveeno baby ingredients
Dhia Zahra happy sangat dilindungi dengan Aveeno Baby

Skinventures luar sangat menyeronokkan untuk keluarga, tetapi tanpa penjagaan yang betul, kulit anda, dan terutama kulit bayi yang lembut, boleh menjadi kering dan gatal dengan mudah. Sebenarnya, kulit bayi adalah 30% lebih nipis berbanding kulit orang dewasa, dan satu daripada dua bayi mempunyai kulit kering!

Bagi Aveeno®, keseimbangan adalah kunci kesejahteraan. Menggunakan kaedah sains termaju yang mengubah bahan-bahan daripada alam semula jadi menjadi produk yang membantu mengimbangi dan memperbaharui kulit, penekanan yang besar diberikan dalam menjadikan setiap produk Aveeno selamat dan berkesan, dengan hasil klinikal yang terbukti untuk memberikan pengguna ketenangan fikiran.

aveeno, aveeno baby, aveeno baby eczema, aveeno baby set, aveeno baby cream, aveeno baby bath, aveeno baby eczema wash, aveeno baby review, aveeno baby products, aveeno baby ingredients
Nikmati hidup yang terbaik dengan perlindungan Prebiotik Oat dalam Aveeno dan Aveeno Baby

Pada tahun 1945, dua orang adik beradik dari Amerika, Sidney dan Albert Musher, mula mengkaji manfaat oat, berdasarkan kepercayaan mereka bahawa alam semula jadi menyimpan rahsia untuk kesihatan manusia. Malah, ketika itu, oat merupakan bahan yang terkenal dalam penjagaan kulit, yang digunakan sejak zaman purba kerana keupayaannya untuk memberi kelegaan dan khasiat. Musher bersaudara ini menemui khasiat oatmeal koloid halus dalam membantu melegakan kulit kering dan rengsa, lalu membawa penyelidikan mereka satu langkah ke hadapan. Kemudian, ahli dermatologi dari Mayo Clinic yang terkenal mengiktiraf kerja perintis mereka, maka lahirlah jenama Aveeno®.

"Bahan-bahan yang terdapat dalam alam semula jadi, dan terbukti dengan sains." Inilah yang menjadikan kehidupan cantik, membantu melegakan dan mengubah kulit kita menjadi lebih baik.

Sejak tahun 2001, pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Aveeno® telah menjalankan lebih daripada 80 kajian klinikal, yang telah diterbitkan dalam jurnal saintifik. Keberkesanan dan keselamatan produk oatmeal koloid telah dinilai dalam lebih 25 kajian, yang melibatkan lebih daripada 2,500 pesakit dengan kulit kering dan rengsa.

Baru-baru ini, Aveeno® telah menemui ciri-ciri prebiotik yang unik dari oat, yang membantu menggalakkan mikrobioma kulit yang seimbang3 – iaitu satu aspek penting untuk kulit yang sihat dan bertenaga. Kulit yang sihat biasanya mempunyai keseimbangan yang baik bagi kedua-dua bakteria yang bermanfaat dan berbahaya, yang membantu melindungi dan mengekalkan pelindung kulit yang sihat. Bakteria baik ini juga dikenali sebagai probiotik. Probiotik wujud di dalam usus kita, pada kulit dan di bahagian lain badan, menyokong kesihatan keseluruhan. Untuk terus hidup, probiotik memerlukan prebiotik.

Prebiotik adalah makanan untuk bakteria baik (probiotik) yang hidup di dalam badan kita. Ramai orang biasanya beralih kepada suplemen prebiotik untuk menyokong perkembangan sihat probiotik di dalam usus kita - tetapi bagaimana pula dengan kulit kita?

Itulah sebabnya produk Aveeno® dan Aveeno Baby® menggunakan Oat Prebiotik membantu untuk menambah pelindung kulit dan menyokong ekosistem semula jadinya. Aveeno® Prebiotic Oats diperbuat daripada bijirin oat semula jadi dengan gred makanan berkualiti tinggi serta berprotein tinggi dari Kanada, Amerika Utara, UK dan Perancis.  Bijirin ini diproses secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia berbahaya untuk mengekalkan integriti prebiotiknya. Diproses khusus untuk mengekalkan kebaikannya sebelum dirumuskan ke dalam produk Aveeno®, Oat Prebiotik ini membantu menjadikan kulit sihat dan seimbang.

aveeno, aveeno baby, aveeno baby eczema, aveeno baby set, aveeno baby cream, aveeno baby bath, aveeno baby eczema wash, aveeno baby review, aveeno baby products, aveeno baby ingredients
Aveeno Baby

Dirumuskan untuk memberi keselesaan sepanjang hari, ketiga-tiga rangkaian Aveeno® Skin Relief, Aveeno Baby® Soothing Relief dan Dermexa  mengandungi formula Prebiotik Triple Oat Aveeno®, yang menggunakan gabungan manfaat tiga bahan yang berbeza, semuanya diperbuat daripada Oat:

Tepung Oat - memberikan kelembapan selama 24 jam
Ekstrak Oat Penuh - membantu melegakan gatal dan ketidakselesaan
Minyak Oat - membantu menguatkan pelindung semula jadi kulit

Petua Penjagaan Kulit Aveeno® untuk bayi:
  • Bersihkan kulit bayi dengan Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash atau Dermexa Moisturizing Wash. Tuangkan pada kain lap basah, ke tangan anda, atau terus ke dalam air mandi.
  • Lap kulit bayi dengan lembut menggunakan tuala lembut dan bersih.
  • Untuk hasil yang terbaik, ikuti dengan Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream atau Dermexa Moisturizing Cream.  Sapu losyen pada kulit bayi, berikan perhatian tambahan pada mana-mana bahagian yang kering. Berhati-hati untuk mengelakkan kawasan mata.
  • Bayi kini mendapat perlindungan selama 24 jam!


Kini tiba masanya untuk menjalani kehidupan terbaik bersama anak-anak kecil anda dengan Aveeno® dan Aveeno Baby® dengan bantuan Oats Prebiotik. Bebaskan diri dari kulit kering dan tidak selesa, dan harungi Skinventures baharu bersama-sama!

Produk Aveeno® dan Aveeno Baby® boleh didapati di farmasi utama terpilih, seperti Watsons, Guardian, Caring, dan AEON Wellness, serta di kedai-kedai dalam talian rasmi Aveeno® di Lazada (http://bit.ly/AveenoLazadaMY) dan Shopee ( http://bit.ly/AveenoShopee).

Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno Malaysia di:
Facebook (https://www.facebook.com/myaveeno); dan
Instagram (https://www.instagram.com/aveenomy/ ).




~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.