ID.AZ Derm Fit Mask, premium mask kegemaran CN
September 16, 2019
ID.AZ Derm Fit Mask | Pernah dengar tentang ID.AZ Derm Fit Mask? CN selalu dengar rakan-rakan blogger review dan cakap best mask ni, jadi CN pun cubalah & taraaaa.. terhasillah artikel ni untuk CN ceritakan betapa bestnya ID.AZ Derm Fit Mask ni hokay. Anda boleh beli ID.AZ Derm Fit Mask ni rangkaian Watsons seluruh Malaysia. Oh ya, lupa nak cakap, orang lelaki pun sesuai pakai ID.AZ Derm Fit Mask ni tau. Encik Suami dah cuba & dia memang sukakannya.
Untuk makluman anda, mask ID ini dicipta kerana ramai pencinta kecantikan obses dengan pembedahan dan rawatan muka sehingga menimbulkan kesan yang buruk kepada wajah dan mampu membuatkan diri sendiri tidak berapa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai termasuk melihat muka sendiri. Jadi, motif utama mask ID ini dicipta/dikeluarkan/dihasilkan adalah kerana menjadikan rawatan utama kepada kulit muka tanpa membuang masa untuk bergerak ke spa, menghabiskan wang di mana rawatan atau pembedahan bakal menelan kos yang tinggi. Jadi, disebabkan adanya mask ID ini, ia mampu membantu pencinta kecantikan terutama bagi yang ada masalah kulit sensitif selepas pembedahan atau rawatan.
ID.AZ Derm Fit Mask, premium mask kegemaran CN |
ID.AZ Derm Fit Mask, premium mask yang mesti anda cuba
Untuk makluman anda, mask ID ini dicipta kerana ramai pencinta kecantikan obses dengan pembedahan dan rawatan muka sehingga menimbulkan kesan yang buruk kepada wajah dan mampu membuatkan diri sendiri tidak berapa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai termasuk melihat muka sendiri. Jadi, motif utama mask ID ini dicipta/dikeluarkan/dihasilkan adalah kerana menjadikan rawatan utama kepada kulit muka tanpa membuang masa untuk bergerak ke spa, menghabiskan wang di mana rawatan atau pembedahan bakal menelan kos yang tinggi. Jadi, disebabkan adanya mask ID ini, ia mampu membantu pencinta kecantikan terutama bagi yang ada masalah kulit sensitif selepas pembedahan atau rawatan.
ID.AZ Derm Fit Mask |
Kenapa CN cadangkan untuk anda mencuba ID.AZ Derm Fit Mask ini kerana ia adalah premium mask dan anda akan rasakan perubahan pada kulit wajah dengan hanya satu keping mask sahaja. Best kan?
ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask. |
ID.AZ DERMASTIC GOLDEN-FIT HYDROGEL MASK 3 pieces - Harga RM59.70
Menyimbangkan nutrisi pada kulit muka
Mask paling best kegemaran CN sudah tentu ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask. CN terasa 'kaya' bila pakai mask ni kekal ia mempunyai EMAS! Anda akan dapatkan rasakan perubahan ketara selepas memakai mask ni tau. Antara kandungan di dalam mask ini adalah emas, madu, royal jelly, aloe vera, ceramide, kolagen, ginseng merah, kolagen, propolis dan panthenol. Kalau anda nak tahu, madu, royal jelly dan propolis membantu membuatkan kulit muka kita menjadi elastik/tegang serta sihat!
Jenis mask ini adalah dalam bentuk elastik hyrogel yang diperkaya dengan nutrisi. Menariknya, mask ini berasingan namun masih dalam 1 pek yang sama iaitu part T-Zone dan U-Zone itu diasingkan supaya mudah diapply pada kulit muka supaya terletak dengan elok.
ID.AZ Dermatic Bright-Fit Mask |
ID.AZ DERMASTIC BRIGHT-FIT MICROFIBER MASK 3 pieces - Harga RM38.70
Mencerahkan tona kulit
CN percaya mesti ramai antara kita sukakan kulit yang cerah. Memang tipikal orang Malaysia bahawa kulit cerah adalah cantik termasuk lah CN. Jadi ID.AZ Dermatic Bright-Fit Mask ini sangat sesuai untuk kita hokay! Menariknya mask ID ini mempunyai mutiara yang berkilau untuk mencerahkan tona kulit muka kita. Selepas pakai mask ni, rasa muka segar & cerah berseri tau. Macam magic pulak ! Cuba lah kalau uolss tak percaya.
ID.AZ Dermatic Bright-Fit Mask |
Jenis mask ini berbeza dengan mask yang atas kerana jenis kepingan mask ini datang dari microfiber di mana memang rasa nipis, ringan dan lembut sangat. Memang lembut & melekat elok pada kulit muka kita tau. Cecair atau essence pada mask ini bukan dalam bentuk jernih malah berwarna putih sedikit dan satu kelainan di situ bukan?
ID.AZ Dermatic White-Fit Skin |
ID.AZ DERMASTIC WHITE-FIT SKIN MASK 3 pieces - Harga RM38.70
Melembabkan Kulit Muka
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, memang CN cadangkan untuk anda menggunakan mask ID jenis ni. ID.AZ Dermatic White-Fit Skin ni memang membantu sangat mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Selepas CN guna mask ni, kulit muka rasa sejuk & lembab je walaupun ketika tu panas terik tau. Memang mask ID ini menghidratkan kulit muka sedalamnya lah, best !
Mask ID ini mengandungi bahan seperti kolagen marin yang mengandungi bahan dari air lautan dalam, kolagen air laut, asid hyaluronik panthenol, betaine dan bertujuan untuk mendapatkan kesan kelembapan yang pantas dari stress. Jenis kepingan mask ini juga seperti brightening tu iaitu fit pada kulit muka dan kepingan yang nipis serta sangat selesa bila berada di atas muka, i loike !
So mana satu pilihan anda?
ID.AZ DERM FIT MASK Review
Harga 💗💗💗💗💗
Bau 💗💗💗💗💗
Kesan 💗💗💗💗💗
Will buy again? YES
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
1 comments
1st time dgaq brand ni.
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.