Tugasan Kerja Kursus Sains Komputer 2020

July 16, 2019

Tugasan Kerja Kursus Sains Komputer 2020 | Mulai Ogos hingga September 2019, pelajar  Tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran Sains Komputer dikehendaki untuk menyiapkan Fasa 1 & Fasa 2 untuk tugasan kerja kursus. Markah untuk Fasa 1 & Fasa 2 ini akan dimasukkan ke dalam sistem online Lembaga Peperiksaan Malaysia pada bulan Oktober nanti.

Kerja Kursus Sains Komputer 2020


Tema: Pengurusan Perniagaan 


Situasi: Pihak pengurusan perniagaan memerlukan satu sistem pengurusan maklumat yang merangkumi proses mengumpul data-data secara tersusun untuk menjana maklumat perniagaan dengan cepat dan tepat. 

Antara sistem pengurusan maklumat perniagaan yang dapat membantu pihak peniaga dan pengguna ialah: 
(i) Sistem Pengurusan Tempahan Homestay / Hotel 
(ii) Sistem Pengurusan Tempahan Teksi / Kereta Sewa 
(iii) Sistem Pengurusan Pembelian Tiket Wayang / Tiket Pengangkutan Awam 
(iv) Sistem Pengurusan Jualan Kenderaan Terpakai / Barangan Antik 

Arahan: Berdasarkan situasi di atas, anda dikehendaki membangunkan mana-mana satu sistem pengurusan maklumat perniagaan itu. Sistem yang anda bangunkan itu MESTI mempunyai elemen pengiraan. Sistem yang akan dibangunkan hendaklah boleh dicapai menggunakan pelayar web dari mana-mana komputer dalam rangkaian.

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. assalamualaikum
    selamat pagi
    singgah pagi selasa

    ReplyDelete
  2. saye nak tanya, kehendak dia kata mesti boleh dicapai dari menggunakan pelayar web dari mana-mana komputer dalam rangkaian, maksudnya app saya hendaklah dalam "online" dalam kata lain perlu membina sebuah website bukan aplikasi sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. offline pun boleh, asalkan boleh akses guna LAN network

      Delete
  3. Assalamualaikum cikgu,saya ingin bertanya bila ya tarikh akhir key in markah?

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.