Resepi Ayam Ungkep
September 23, 2021
Resepi Ayam Ungkep | Masakan jawa yang paling CN suka adalah ayam ungkep. Sedap sangat ! Paling best ayam hutan masak ungkep, memang mengancam. Masak ungkep ni senang jer. Campak-campak macam tu jer, janji bahan cukup. Paling best bila masak ayam ungkep ni guna periuk Noxxa, sekejab je dah siap tau.
Resepi Ayam Ungkep Noxxa
Bahan-bahan untuk membuat ayam ungkep Noxxa
1. Setengah ekor ayam dipotong kecil
2. Bahan blender : Sebiji bawang besar, 3-4 ulas bawang putih, cili padi(ikut kepedasan yg disukai), halia dan kunyit hidup.
3. Bahan tumbuk : Jintan manis & jintan putih
4. Tiga batang serai diketuk
5. Sekeping kayu manis & 3 kuntum bunga lawang
6. Sesudu stok ayam
7. Sedikit gula dan garam
Cara-cara penyediaan ayam ungkep Noxxa
1. Tekan mode STIR FRY & On. Panaskan minyak, tumiskan jintan manis, jintan putih, kayu manis, bunga lawang bersama serai.
2. Kemudian masukkan bahan blender tadi. Bila dah garing, masukkan ayam dan air secawan.
3. Tekan mode High Pressure 10 minit & ON. (Jika guna ayam hutan/ayam pencen, tambahkan masa kepada 20 minit)
4. Bila ayam dah empuk, masukkan stok ayam dan garam serta gula secukup ras. Tekan mode STIR FRY untuk pekatkan kuah.
4. Bila ayam dah empuk, masukkan stok ayam dan garam serta gula secukup ras. Tekan mode STIR FRY untuk pekatkan kuah.
5. Tada ! Dah siap ayam ungkep yang sedia dihidang bersama nasi panas.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.