Belajar Bahasa Sarawak

June 26, 2019

Belajar Bahasa Sarawak | Teringat dulu masa belajar di UNIMAS, perkataan pertama CN belajar adalah 'sigit'. Jenuh duk berlawan cakap dengan makcik jual tu, "saya nak satu", sambil dia mengangguk duk tanya "sigit ka?", CN geleng sebab tak faham sigit tu, duk ulang je cakap nak satu! Mujur ada sorang kawan Iban tu datang & terangkan yang sigit tu adalah satu. Owh..baru tahu! Hehehe..

Empat tahun belajar di Sarawak, memang CN boleh faham sikit-sikit bahasa Sarawak ni, masalahnya tak boleh nak cakap dengan lancar sebab kawan Sarawak cakap CN cakap Sarawak macam orang asli cakap! Waa..Oklah, jom belajar sikit-sikit bahasa Sarawak. Nanti kalau ke Sarawak tak ada lah pelik sangat bila dengar tau. 

Belajar Bahasa Sarawak 


belajar bahasa sarawak, bahasa sarawak, sarawak, mudah belajar bahasa sarawak
Klaka (cakap) Bahasa Sarawak

Tetak: ketawa
Nangga: tengok
Klaka/madah: cakap
Diam: tinggal
Sine: di mana
Sitok: sini
Sinun: sana
Manok: ayam
Pusak: kucing
Asuk: anjing
Aok: Iya
Sik: tidak
Tok: Ini
Kamek: saya
Kitak: kamu
Nya: dia
Sigek: satu
Jaik: jahat
Ngegeh: gedik/ngada
Iboh: jangan
Kacak: cantik
Dibah: bawah
Kepak: letih

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. sigek dua igek tiga igek...hahaha...kamek orang sarawak, jom kelaka ngan kamek supaya sik lupak bahasa sarawak ya 😘😘😘

    ReplyDelete
  2. wah byk dah vicab utk harini semuanya mama tak biasa

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.