5 cara jimat membeli kereta yang patut anda tahu

June 20, 2019

5 cara jimat membeli kereta yang patut anda tahu | Mempunyai kereta kini bukan lagi suatu kehendak tetapi suatu keperluan. Mungkin bagi mereka yang tinggal di bandar tidak berapa perlukan kereta kerana lambakan kenderaan awam yang jauh lagi murah dan menjimatkan. Tetapi bagi mereka yang tinggal di pinggir bandar, menggunakan kenderaan awam memang agak sukar. Jadi disini membeli kereta adalah satu keperluan. Baiklah, disini CN akan kongsikan 5 cara jimat membeli kereta sebagai panduan kepada anda yang sedang cuba untuk membeli kereta. 

cara jimat membeli kereta, tips jimat membeli kereta, jimat beli kereta, cara jimat beli kereta, cara beli kereta terpakai
5 Cara Jimat Membeli Kereta


Tips Jimat Membeli Kereta


1. Beli kereta secara tunai
Nampak macam tak logik. Tapi cuba kira jika anda bajet untuk membayar ansuran sebulan kereta adalah RM400, kemudian ditambah dengan RM400 untuk minyak kereta. Sebulan anda peruntukkan RM800 untuk kereta sahaja. 

Cuba RM800 x 12 bulan = RM9600
Ok, RM9600 x 3 tahun = RM28800

Dengan RM28800 anda boleh dapatkan Axia baru secara tunai bukan? 

2. Bayar downpayment tinggi
Tolong jangan terpengaruh dengan ayat "ZERO DOWNPAYMENT" oleh penjual kereta. Dengan zero downpayment, anda telah menjerat diri anda untuk membayar ansuran kereta pada harga yang lebih tinggi.

Disini, key pointnya adalah simpan duit dahulu sebelum membeli kereta.

Seperti kiraan di atas, jika anda tergedik gedik tak sabar untuk membeli kereta,  cuba buat simpanan setahun. Dengan RM9600 sebagai downpayment, sudah tentu ansuran bulanan anda menjadi sikit berbanding dengan ZERO DOWNPAYMENT.

3. Rendahkan tempoh pinjaman 5 - 7 tahun
Memang benar, jika tempoh pinjaman pendek maka tinggi ansuran bulanannya. Tapi disini anda telah untung dari membayar interest yang tinggi kepada bank. Bak kata pepatah, "bersusah dahulu bersenang kemudian."

4. Beli kereta sebagai keperluan bukannya kehendak
Jika masih tidak boleh ikut 3 cara di atas, cuba pulak cara ini dimana anda membeli kereta sebagai satu keperluan, bukannya kehendak.

Disini, kereta diperlukan untuk bergerak ke tempat kerja atau mana-mana sahaja. Bermaksud, tiada masalah jika anda membeli Perodua Axia yang harganya jauh lebih murah berbanding Honda City.

Apa ada pada jenama jika anda terpaksa ikat perut untuk membayar ansuran kereta yang tinggi ?

5. Beli kereta terpakai baru
Macam mana tu, kereta terpakai tapi baru? Macam ni, jika anda hendak juga Honda City dengan alasan ada gaya, mutu, keunggulan gituw. Beli la Honda City terpakai tapi masih baru dikeluarkan.

Macam CN sendiri beli kereta terpakai tapi baru setahun pakai owner lama dah jual dengan alasan tak berapa guna kereta tu. Hah, kereta terpakai baru setahun harganya lebih murah berbanding kereta baru model yang sama. Untung kan disitu? Disini anda kena rajin membuat survey mencari kereta terpakai yang baru. Online kan ada? Hehe..

cara jimat membeli kereta, tips jimat membeli kereta, jimat beli kereta, cara jimat beli kereta, cara beli kereta terpakai


Amacam, ok tak tips 5 cara jimat membeli kereta dari CN ini? Tips ini adalah dari pengalaman CN sendiri dan dari research yang dibuat. Semoga tips ini dapat membantu anda membeli kereta dengan lebih bijak dan semestinya lebih jimat.



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.