Voucher McDonalds untuk lebih 420,000 guru di Malaysia
May 14, 2019
Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's | McDonald’s Malaysia dengan Kerjasama
Kementerian Pendidikan menghargai 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 sempena sambutan Hari Guru
Kebangsaan pada 13 Mei yang lalu. Anugerah yang
memasuki tahun ketiga pelaksanaannya ini menerima lebih 7,500 pencalonan
daripada orang ramai antara 1 hingga 31 Mac 2019. Dari jumlah pencalonan yang
diterima ini, 25 orang guru telah dipilih sebagaI penerima Anugerah Guru Inspirasi
McDonald’s yang telah menjalankan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki
dalam mendidik pelajar-pelajar mereka.
Berita baik kepada semua rakan-rakan guru!
Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019 |
Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran
McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pertambahan jumlah pencalonan
dari 1,000 pada tahun pertama anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2017 kepada
lebih 7,500 tahun ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai ramai guru luar
biasa yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan atau ‘go the extra mile’ dan lebih ramai
rakyat Malaysia kini merasakan pentingnya penghargaan kepada golongan pendidik
seperti ini di negara kita.
“Kami amat gembira melihat sambutan yang cukup menggalakkan terhadap pelaksanaan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s pada tahun ini. Ia jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia amat menghargai golongan bergelar guru. Kami di McDonald’s merasakan pengiktirafan sebegini adalah wajar kepada golongan pendidik atas komitmen mereka yang amat memberi inspirasi,” kata Melati.
Datuk Dr Amin bersama Melati Abdul Hai |
Melati juga mengajak rakyat Malaysia untuk
membaca kisah pencalonan 25 penerima anugerah ini di bit.ly/mcd-agi2019winners
kerana kisah-kisah guru ini mampu menyuntik semangat kepada guru-guru lain,
malah pada masa sama mampu membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan negara.
“Apabila kami membaca kisah-kisah inspirasi yang dihantar oleh rakyat Malaysia, ia membuatkan kami ingin melakukan lebih banyak lagi untuk para guru. McDonald’s Malaysia komited untuk mendekati masyarakat dan anugerah ini termasuklah inisiatif-inisiatif lain memainkan peranan dalam memberi sokongan dan penghargaan kepada ‘wira tidak didendang’ ini,” tambah Melati.
Datuk Dr Amin bin Senin, Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia yang merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut telah
menyampaikan Anugerah Guru Inspirasi
McDonald’s 2019 kepada 25 pemenang. Setiap 25 pemenang ini menerima wang
tunai berjumlah RM5,000 dan sebuah trofi.
Dalam ucapannya, Datuk Dr Amin mengatakan
bahawa guru merupakan tulang belakang negara dan pengiktirafan sebegini perlu
diberikan kepada mereka yang berada dalam profesion mulia ini.
“Guru-guru mendidik generasi muda negara dengan penuh dedikasi agar pada masa hadapan, negara kita mempunyai golongan pemimpin yang berkaliber dan dihormati. Apabila golongan pemimpin masa hadapan ini mengharumkan nama Malaysia, janganlah kita lupa jasa guru yang gigih mendidik mereka,” kata Datuk Amin.
Datuk Amin juga mengakui bahawa Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s
merupakan satu inisiatif kerjasama awam-swasta yang strategik, seiring dengan
matlamat Kementerian Pendidikan untuk membolehkan pelbagai pihak turut serta
secara aktif dalam membangunkan sistem pendidikan yang kukuh dan menyeluruh.
Voucher McDonalds untuk lebih 420,000 guru di Malaysia
Berita baik kepada semua rakan-rakan guru!
Bersempena dengan Hari Guru pada bulan ini, McDonald's Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan penghargaan kepada para guru. Oleh itu, lebih 420,000 guru yang mengajar di sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan di bawah senarai yang didaftarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia akan menerima baucar untuk 1 set hidangan sederhana McChicken atau Filet-O-Fish secara PERCUMA. Kesemua baucar telah dihantar ke Pejabat-Pejabat Pelajaran Daerah untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah.
Jangan lupa untuk menebus baucar dalam tempoh tarikh 16-20 Mei di mana-mana restoran McDonald's di seluruh negara.
Kotak-kotak yang mengandungi lebih daripada 420,000 baucar hidangan McDonald's telah dihantar kepada kesemua Pejabat Pendidikan Daerah untuk diedarkan kepada lebih 10, 000 sekolah di seluruh negara bersempena Hari Guru Malaysia pada 16 Mei. |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
3 comments
wow bagusnyaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletewow..banyaknya..nak jgk..:)
ReplyDeletewahh bestnya dapat voucher hehe
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.