Resepi mee hailam mudah
May 19, 2019
Resepi mee hailam mudah | Mee hailam merupakan antara menu kegemaran anak bujang CN. Kalau Irfan dia akan cakap mee kicap! Berbeza dengan mee kicap, mee hailam ini rasa lada sulah dan kesat-kesat sikit pada lidah. Memang sedap dan mudah disediakan. Bagi anda yang ingin mencuba resepi mee hailam mudah ini, ikut sahaja resepi di bawah.
Resepi mee hailam mudah |
Bahan-bahan membuat mee hailam
>> 1 paket mee kuning (basuh dan tapiskan
>> Segenggam udang hidup
>> Segenggam daging
>> Sebiji tomato (potong 6)
>> Sawi
>> Lobak merah (dipotong bulat)
>> 3 ulas bawang putih diketuk
>> 1 sudu kecil lada sulah
>> 1 sudu besar cili kering diblender (boleh tambah jika suka pedas)
>> 1 kiub ayam
>> 2 sudu besar tepung jagung
>> Air untuk kuah
>> Kicap manis
>> Bawang goreng, daun bawang dan daun sup untuk hiasan
Cara-cara membuat mee hailam
>> Tumis bawang putih, cili kering yang diblender sampai pecah minyak
>> Masukkan daging dan udang (Jika guna daging mentah, sila pastikan daging masak dulu baru masukkan udang) dan gaul sebati
>> Masukkan air untuk kuah. Jika suka kuah banyak lebihkan air. Tuang kicap manis ikut kepekatan yang digemari. Biarkan mendidih.
>> Masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah. Didihkan sekejab
>> Masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato
>> Masukkan tepung jagung yang dilarutkan dengan air
>> Masukkan mee kuning dan gaul sebati
>> Hidangkan dalam mangkuk
>> Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
>> Sedia untuk dimakan !
Selamat mencuba resepi mee hailam mudah ini !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
Sedapnya mee hailam....
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.