Resepi Kuih Tepung Pelita Asli
May 17, 2019
Resepi kuih tepung pelita asli | Kuih tepung pelita antara kuih kegemaran mesti ada ketika berbuka puasa. Kalau ke bazar Ramadhan, pasti ramai orang yang menjual kuih tradisi ini. Tidak kira lah sama ada dimasak di dalam bekas daun atau bekas plastik. Kuih tepung pelita tetap menjadi pilihan ramai orang ketika berbuka puasa. Sebenarnya bukan susah pun untuk membuat kuih tepung pelita ini. Disini CN kongsikan resepi tepung pelita asli yang mudah untuk anda pembaca tersayang.
Kuih Tepung Pelita Asli
Bahan membuat lapisan hijau kuih tepung pelita
>> 1/2 cawan tepung beras
>> Secubit kapur makan
>> 2 cawan air daun pandan
Cara membuat lapisan hijau kuih tepung pelita
>> Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
>> Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.
>> Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya.
Bahan membuat lapisan santan kuih tepung pelita
>> 1/2 cawan tepung beras
>> 2 1/2 cawan santan
>> Secubit garam
Cara membuat lapisan santan kuih tepung pelita
>> Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit.
>> Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
nyum2
ReplyDeleteDok buat sebelum ni tak penah berjaya. Hahaha
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.