Resepi daging goreng kicap sedap
September 06, 2021
Resepi daging goreng kicap sedap | Daging goreng kicap antara masakan ringkas kegemaran CN. Ada banyak versi daging goreng kicap. Kalau versi malas adalah seperti resepi di bawah iaitu daging goreng kicap malas. Jika ingin mencuba versi masak kicap berempah boleh cuba resepi disini tapi ditukar kepada daging. Oklah, taknak cerita panjang. Jom cuba resepi daging goreng kicap ringkas tapi sedap & boleh bertambah nasik!
Daging goreng kicap
Daging goreng kicap ringkas |
Bahan membuat daging goreng kicap
* 300g daging lembu
* sebiji kentang dipotong wedges
* sebiji bawang besar dipotong bulat
* 3 ulas bawang putih diketuk
* 1 inci halia dihiris nipis
* 1 tangkai cili merah dihiris serong
* 4-5 biji cili padi
* sos tiram
* kicap pekat
* lada sulah
Cara membuat daging goreng kicap
>> Cuci daging dan potong kecil.
>> Gaulkan dengan serbuk kunyit, panaskan minyak dan goreng daging hingga kering airnya
>> Kemudian masukkan bawang putih dan halia. Gaul sebati
>> Masukkan pulak kentang dan cili padi yang dipotong.
>> Tambahkan sos tiram dan kicap
>> Akhir sekali masukkan lada sulah, garam, gula dan bawang besar.
Siap daging goreng kicap ringkas. Kalau malas nak goreng sayur, boleh masukkan sekali kacang panjang & lobak merah ke dalam daging goreng kicap ini. Jadilah resepi lengkap lauk & sayur. Sesuai dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih kesukaan ramai.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
lama tk masak daging goreng kicap..fav juga ni
ReplyDeletefeveret kami anak beranak. makan daging masak kicap dengan nasi panas pun pasti lakuuuuuuuu ^_^
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.