LADAP di Serama Adventure Park, Melaka
May 15, 2019
LADAP di Serama Adventure Park, Melaka | 27 dan 28 April yang lalu, CN join Latihan Dalam Perkhidmat (LADAP) anjuran sekolah CN ke Serama Adventure Park, Durian Tunggal, Melaka. Memang best & satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semuanya aktiviti lasak yang disertai oleh cikgu-cikgu dari 20-an sampai 50-an tau! Memang respect dengan rakan-rakan guru senior yang sporting join aktiviti lasak. Natijahnya, hari Isnin pakat duk sakit badan semua ! Hehehe..
Ok, jom CN kongsikan beberapa gambar aktiviti yang CN join di Serama Adventure Park, Melaka. Memang best!
LADAP di Serama Adventure Park, Melaka |
Ok, jom CN kongsikan beberapa gambar aktiviti yang CN join di Serama Adventure Park, Melaka. Memang best!
Aktiviti di Serama Adventure Park, Melaka
CN ke sana menaiki bas tau, memang fefeeling zaman belajar dulu |
Wajib bergambar di landmark Serama Adventure Park |
Kolam depan 'asrama' CN dan kawan-kawan, kami duduk di kabin yang dapat memuatkan sehingga 10 orang |
Welfie adalah aktiviti wajib di sana. Masa inilah dapat luangkan masa dengan rakan-rakan tanpa anak-anak, eh |
Warrior Challenge |
Aktiviti lasak hari pertama adalah Warrior Challenge, well, not big deal for me! Ceh ! |
Terima kasih bff Kak Fifi tolong ambilkan gambar yang cantik-cantik |
Video Aktiviti Lasak di Serama Adventure Park, Melaka
Muka excited je sebab aktiviti lasak di Serama Adventure Park tidak se'hardcore' di Skytrex Shah Alam |
Siap bergambar dengan adik 'nakal' yang goyang-goyangkan tali tu masa CN tengah berjalan, ingat I takut ke? eh |
Welfie di titian paling rendah, kasi can lah member yang seram-seram tu feeling happy naik titian ni, hehehe |
Mud Race
Hari kedua pulak dengan aktiviti basah-basah & busuk-busuk iaitu Mud Race. Ini adalah aktivit berkumpulan ikut Rumah Sukan tau. CN Rumah Kuning uolss ! |
Busuk giler lumpur tu, bertabah lah sis |
Walaupun busuk tetap happy sebab semua orang busuk! So kebersamaan di situ, i loike ! |
Walaupun busuk tetap happy sebab semua orang busuk! So kebersamaan di situ, i loike ! |
Semua orang kena menyelam dalam lumpur tu, CN tak join menyelam sebab pakai spek. Malas nak lap spek katanya |
Best giler main dekat tayar-tayar ni, airnya pun sejuk walaupun busuk! Hehe |
Wajib tunjuk peace kan seorang Cekgu Norazimah ni, hehe |
Selepas Mud Race, aktiviti jungle tracking pulak. Memang syok sebab merentas sungai yang sejuk airnya |
Welfie bersama PK1, Haji Jumiran selepas siap mandi wangi-wangi untuk aktiviti penutup. |
Welfie dengan Cikgu Latip & keta barunya, amvoi |
Welfie dengan PK Kokurikulum, Kak Anizah dengan baldi comelnya |
Wajib welfie dengan bff depan kolam |
Tenang je tengok kolam ni |
Peace! CN suka sangat Serama Adventure Park Melaka, memang best dekat sini! |
Alhamdulillah, Rumah Kuning juara keseluruhan uolss. Syok sangat! |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
3 comments
terbaik
ReplyDeleteSekali sekala join aktiviti mencabar ni seronok kan CN
ReplyDeletewah best nya. teringat terus zaman sekolah menengah. paling ditunggu program macam ni la. hehehee
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.