Resepi Muffin Pisang Mudah
April 07, 2019
Resepi Muffin Pisang Mudah | Muffin pisang merupakan faveret anak bujang CN si Irfan. Lagi-lagi kalau muffin pisang yang ada cip coklat, bertambah-tambah makan tau. Disebabkan anak bujang suka makan, CN cuba google resepi muffin pisang yang mudah dan terjumpa resepi ini di page Let's Cook & Bake. Seperti biasa gambar dan resepi parking dulu di blog supaya mudah untuk dicari. Nanti bila CN dah berjaya buat CN akan up entry lagi ye.
Resepi Muffin Pisang Mudah
Tesktur muffin ni sangat gebu dan lembut. Kalau ada pisang kat umah yang dah terlebih masak boleh la cuba buat. Cara mudah tak perlu pakai mixer blender bagai. Jom cuba ye.
Bahan-bahan membuat muffin pisang gebu
½ cwn minyak sayur
2 biji telur
½ cwn gula halus
3 biji pisang dilecek (lagi sedap guna pisang berangan)
¼ sudu esen vanilla
1 2/3 cwn tepung gandum
1 sudu baking powder
½ sudu baking Soda
¼ sudu garam
1 cawan coklat chips
Cara-cara membuat muffin pisang gebu
1) Panaskan oven 180 degree, kalau oven kecik suhu 170 degree, dan susun muffin cup dalam muffin tray.
2) Dalam mangkuk kecil, campur coklat chip tadi dengan 3 sudu besar tepung gandum (ambil dari tepung sukatan resepi) dan kacau rata supaya coklat chip bersalut dengan tepung. Ketepikan dulu. Step ni untuk elak coklat chip dari mendap dasar muffin, sebaliknya menjadikan coklat chip berselerak dalam muffin.
3) Dalam mangkuk besar lecek pisang, masukkn minyak sayur dan esen vanilla, telur dan kacau rata sekejap. Masukkn gula dan kacau rata.
4) Dalam mangkuk lain, campur tepung gandum, baking powder ,baking soda dan garam. Kacau bagi semua sebati.
5) Masukkan campuran tepung dalam campuran pisang tadi. Ratakan sekejap. Dan masuk pula coklat chip tadi. Kacau bagi rata jangan overmix.
6) Boleh isikan.adunan dalam muffin cup 3/4 penuh. Dan boleh terus bakar suhu 180 degree (build in oven) 170 degree oven kecil selama 18 -20 minit. Selepas 15 minit boleh la jenguk oven tu sebab kepanasan oven masing2 lain. Kalo cucuk dengan lidi sate keluar bersih masakla tu.

Selamat mencuba. Insyallah muffinnya lembut dan gebu.
Kredit resepi: http:// www.laurainthekitchen.com/
Kredit resepi: http://
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.