Resepi kuih akok original Kelantan
April 23, 2019Resepi Kuih Akok
Kuih akok merupakan kuih tradisi dari negeri Kelantan yang menjadi kegemaran CN. Biasanya kuih akok akan banyak dijual semasa bulan puasa. Disebabkan terpengaruh dengan bestfriend dari Kelantan, kuih akok termasuk dalam list kuih kegemaran CN.
Di Banting ni memang susah nak cari orang jual kuih akok. Jadi CN cuba men'google' resepi kuih akok yang sedap ni. Terjumpa seorang rakan fb yang berkongsi resepinya. Bahan-bahan nya memang mudah, jom kita cuba buat kuih akok sendiri ye.
Gambar google
Bahan-Bahan Membuat Kuih Akok
Bahan-bahannya :
● 5 biji telur
● 200 ml pati santan
● 100 ml air
● 150 gram gula manisan (gula melaka)
● 30 gram tepung gandum
● 3 helai daun pandan- disiat-siat
● Secubit garam halus
Cara-Caranya Membuat Kuih Akok
1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api. Masukkan daun pandan semasa merebus gula melaka. Masukkan santan. Setelah santan suam, buang daun pandan dan masukkan tepung gandum dan telur,kemudian di blend hingga semua bahan sebati baru ditapis.
2. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Boleh juga guna acuan cupcake atau muffin jika tiada acuan baulu.. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
3. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
Cara-cara membuat kuih akok
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
4 comments
oh senang rupanya yea nak buat kuih akok ni..
ReplyDeleteCN..akok klu dapat panas2 lagi sedapkan..x pernah pulak cuba buat..cam senang je bila tengok resepi..kalau rajin ..bulan puasa ni boleh la buat.
ReplyDeletewow sedapnya
ReplyDeletenak2 dekat ramadhan nie
saya berkahwin dgn org kelantan & suka makan akak. baru2 nie sy try kuih beko. mmg sedap hasil tgn org kelantan
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.