Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil dengan Pasta Organik Alce Nero untuk Kanak-kanak
April 24, 2019
Pasta Organik Alce Nero | Ibu bapa hendaklah praktikkan tabiat memakan makanan sihat sejak dari usia kecil, terutama sekali makanan organik. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Kaedah ini memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik, sekali gus memastikan mereka untuk sentiasa memilih makanan yang sihat. Rasional untuk memilih diet yang lebih organik, terutama bagi kanak-kanak sememangnya jelas. Biarpun begitu, kanak-kanak mempunyai kecenderungan sendiri yang secara lazimnya lebih gemar kepada makanan snek yang mengandungi pewarna berkimia, berperisa tiruan ataupun makanan segera yang telah diproses.
Pasta Organik Alce Nero untuk Kanak-kanak |
Pasta Organik Alce Nero untuk Kanak-kanak Didatangkan dalam bentuk huruf &kenderaan bersama tambahan bayam serta tomato untuk lebih kebaikan
Alce Nero, jenama
peneraju dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan membantu golongan ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik
dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Bentuk
Kenderaan Organik yang sangat bagus dan comel.
Pasta Organik Alce Nero berbentuk huruf yang menarik |
Konsep
makanan dari ladang-ke-meja Alce Nero dapat dilaksanakan melalui rangkaian peladang
organiknya, membantu dalam penghasilan makanan yang lebih sihat. Penambahan
baharu ke dalam rangkaian makanan organik tulen dari Itali ini adalah disahkan 100% organik oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah dan Perladangan
Organik JAS di Jepun,
Memasukkan Sayur-sayuran ke dalam Diet Kanak-kanak
Pasta Organik Alce Nero untuk kanak-kanak
mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato
merah kering yang organik. Kanak-kanak gemari huruf-huruf
berwarna dan akan berseronok menyusun sebelum memakannya, tanpa menghiraukan
sayur-sayuran yang ada di dalamnya.
Dhia Zahra menggemari Pasta Organik Alce Nero |
Lama-kelamaan, mereka akan sukakan rasa makanan
organik dan tidak lagi takut untuk makan sayur-sayuran! Minda mereka juga akan
dirangsang dan boleh mengenali huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan
kemahiran membaca. Makan secara sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan
Pasta Organik untuk Kanak-kanak Alce Nero!
Pasta Organik Alce Nero menjadikan masa makan lebih menyeronokkan |
Pasto Organik Alce Neco, Makanan Organik Mesra Kanak-kanak
Kanak-kanak gemar menikmati pasta dengan sos tomato.
Oleh itu, Alce Nero adalah sebuah jenama penyelamat untuk perihal itu – dengan menawarkan
makanan organik yang mesra kanak-kanak. Untuk menyediakan Pasta Alphabet Organik Alce Nero, ikut sahaja arahan yang
disediakan dan pada masa sama panaskan Sos Tomato Pasta
Alce Nero di dalam periuk.
Pasta Organik Alce Nero bukan sahaja organik malah berbentuk menarik |
Bergantung kepada penerimaan anak-anak anda terhadap
sayur-sayuran organik dan protein, tambah bahan-bahan yang mereka sukai.
Kemudian, letakkan sos ke atas pasta berkenaan. Anda juga boleh meletakkan
sedikit keju di atas hidangan yang enak ini dan lihat wajah ceria anak anda. Sos Tomato Pasta Alce Nero sememangnya sedap dan boleh
menjadi perisa yang enak kepada pasta organik anda untuk sesi masakan yang
singkat!
Sos pasta organik dari Alce Neco |
Mahu menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan, ibu
bapa boleh berseronok bersama anak-anak dengan meminta mereka mengeja perkataan
menggunakan huruf-huruf, atau mengenal pasti kenderaan berbeza yang membentuk
pasta berkenaan. Mereka pasti bergembira dengan aktiviti tersebut sambil
menikmati Pasta Alce Nero untuk Kanak-kanak yang dapat membantu mereka
membentuk tabiat makan makanan organik sejak usia muda, selain mengukuhkan
mesej bahawa makanan organik juga sedap dan menyeronokkan!
Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil dengan Pasta Organik Alce Nero untuk Kanak-kanak |
Ibu bapa di Malaysia kini boleh menggunakan produk-produk Alce Nero dengan yakin kerana ia telah disahkan Halal oleh badan persijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM.
Untuk resepi makanan yang sihat, unik dan
organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil, sila layari laman web https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
1 comments
sedap tengok makan tu.. kite pulak yg rasa terliur. comey je pasta ni
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.