3 Kesan Sampingan Pil Kurus yang Menakutkan!
April 08, 2019
Kesan Sampingan Pil Kurus | CN percaya bukan sahaja wanita malah lelaki juga inginkan bentuk badan yang menarik dengan erti kata lain, kurus & slim! Ada banyak cara untuk kurus dan slim, tapi pasti ramai yang inginkan cara mudah dan cepat iaitu dengan mengambil pil kurus! Ada pil kurus yang selamat dengan kandungan bahan semulajadi dan disarankan oleh doktor sendiri tapi ada juga pil kurus yang bahaya dengan kandungan tanpa mengikut spec yang ditetapkan. Pil kurus yang bahaya ini lah yang mempunyai kesan sampingan yang amat menakutkan!
3 Kesan Sampingan Pil Kurus yang Menakutkan! |
3 Jenis Kesan Sampingan Pil Kurus
Kesan-kesan sampingan daripada pengambilan pil kurus termasuklah penyakit:
1. Hipertensi pulmonari, penyakit yang jarang berlaku dan boleh membawa maut disebabkan oleh tekanan darah tinggi dalam arteri paru-paru, penyakit injap jantung, tekanan darah tinggi, peningkatan denyutan nadi dan kadar jantung, kegelisahan, pening, insomnia, mulut kering, dan sembelit.
2. Kesan-kesan sampingan sibutramine termasuk sakit kepala, mulut kering, tiada selera makan, sembelit, insomnia, hidung berair, dan sakit tekak.
3. Kesan sampingan lain termasuk cirit-birit, najis berminyak, gas, kembung, dan pengurangan dalam penyerapan vitamin larut lemak.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.