Safi Expert Solution Baru, memang mesti dimiliki oleh semua wanita!

March 07, 2019

Safi Expert Solution | Wow, Safi kini telah mengeluarkan set Safi Expert Solution yang membantu pelbagai masalah wanita kini. CN sudah menggunakan seminggu set Safi Expert Solution ini dan memang berpuas hati. Paling CN suka sudah tentu set ini sangat premium seperti produk import dari luar negara tau. Nak buat hantaran kahwin pun sesuai sebab kotaknya sangat exclusive! 

Safi Expert Solution Baru Memang Best 


Bestnya set Safi Expert Solution baru ini adalah ianya bukan animal tested. Malah ianya selamat sebab tidak mengandungi paraben dan alkohol yang mampu menghakis kulit. Pendek kata, set Safi Expert Solution ini adalah hasil kerja tiptop bahagian Research & Innovation pihak Safi. Sudah tentu paling sesuai untuk wanita 30an ke atas yang sering mengalami masalah kulit kering dan kedut pada wajah. Jom tengok apa yang CN sudah cuba dalam set Safi Expert Solution. 

Safi Expert Solution, skincare safi, review skincare safi, Safi Expert Solution baru
Safi Expert Solution Baru, memang mesti dimiliki oleh semua wanita!

Safi Expert Solution: Bio Treatment Oil Anti Scar & Stretch Marks


CN paling sukakan Bio Treatment Oil ini. Memang best! CN sapukan pada parut di perut akibat gatal-gatal sebab musim panas ni. Baunya juga best. CN sapukan juga pada parut jerawat baru & ianya makin pudar. 

Menariknya Bio Treatment Oil Anti Scar & Stretch Marks ini adalah ia mengandungi Bio Inchi Oil yang ringan, tidak berminyak, cepat meresap ke dalam kulit untuk membantu menghasilkan sel kulit baru. Cara penggunaannya juga mudah, hanya sapukan dua kali sehari pada tempat parut atau stretch mark & urut lembut sehingga ianya meresap ke dalam kulit. 

Safi Expert Solution, skincare safi, review skincare safi, Safi Expert Solution baru
Bio Treatment Oil Anti Scar & Stretch Marks

Safi Expert Solution, skincare safi, review skincare safi, Safi Expert Solution baru
Bio Treatment Oil Anti Scar & Stretch Marks

Safi Expert Solution: Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation


2 Step Multi-Action Ampoule System ini diformulasikan dengan kandungan DN Age Technology yang efektif memudarkan age spot, UV spot serta kesan jerawat dan seterusnya menjadikan kulit lebih anjal, cerah & sekata. Paling best, kesan seawal 2 minggu sahaja tau!

Safi Expert Solution, skincare safi, review skincare safi, Safi Expert Solution baru
2 Step Multi-Action Ampoule System Anti Hyper Pigmentation

Safi Expert Solution, skincare safi, review skincare safi, Safi Expert Solution baru
Step 1 Multi-Action Ampoule System Anti Hyper Pigmentation

Safi Expert Solution, skincare safi, review skincare safi, Safi Expert Solution baru
Step 2 Multi-Action Ampoule System Anti Hyper Pigmentation

Safi Expert Solution: Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines


CN pakai Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines ini setiap pagi sebelum ke sekolah sebagai moisturiser & juga sebagai sunscreen. Ianya bukan moisturiser biasa-biasa tau sebab ianya diperkaya dengan Liquid Crystal Technology yang diformulasi dengan Amino Peptides untuk meningkatkan keanjalan kulit serta memudarkan kedut pada kulit wajah. 

Safi Expert Solution, skincare safi, review skincare safi, Safi Expert Solution baru
Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines

Safi Expert Solution, skincare safi, review skincare safi, Safi Expert Solution baru
Tekstur Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines

Safi Expert Solution: Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin


Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin ini pula CN pakai pada waktu malam sebelum tidur. Ianya membantu mencerahkan kulit wajah  serta memberikan instant moisture boost selepas pakai. Paling best, ianya menguatkan skin barrier dimana mengandungi NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid yang juga turut membantu mencerahkan kulit dengan memerangkap kelembapan pada kulit wajah. 

Apabila disapu Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin pada kulit, akan keluar milk droplets yang sangat pantas dan mudah diserap ke dalam kulit. 

Safi Expert Solution, skincare safi, review skincare safi, Safi Expert Solution baru
Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin 

Safi Expert Solution, skincare safi, review skincare safi, Safi Expert Solution baru
Tekstur Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin ada manik-manik halus



~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.