PERTUKARAN GURU : Surat Izin Suami
March 11, 2019
PERTUKARAN GURU : Surat Izin Suami
Mungkin dah terlambat untuk CN berkongsi dengan rakan-rakan guru yang memohon pertukaran guru untuk tahun 2019. Tapi tak apa, jika permohonan anda gagal. JANGAN LUPA BUAT RAYUAN. Dokumen yang perlu ada dalam rayuan anda adalah :
1. Salinan borang permohonan pertukaran online
: Sertakan sekali surat izin suami, sijil nikah, geran rumah (jika ada) sebagai bukti anda ada rumah di tempat dipohon, salinan laporan polis jika ancaman keselamatan macam CN
2. Surat rayuan pertukaran beralamat KPM di Putrajaya
3. Surat sokongan Pengetua kepada KPM di Putrajaya
Ini adalah perkongsian CN setelah 7 kali memohon. Dan permohonan ke-7, CN telah berjaya. Alhamdulillah.
SURAT IZIN SUAMI
..................................................................................................................................................................
NAMA SUAMI
ALAMAT
RUMAH
..................................................................................................................................................................
Ketua Sektor,
Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran
Malaysia,
Aras 4, Blok E2,
Kompleks E,
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuaan,
62604,
Putrajaya 9
September 2013
Tuan,
KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya
saya merujuk kepada perkara di atas dan permohonan pertukaran sekolah isteri
saya, (NAMA ANDA) melalui laman web
E-GTukar (No. Permohonan WXXXXXXXX) adalah berkaitan.
2.
Sukatcita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas memberi keizinan kepada
isteri saya, NAMA ANDA (No. Kad Pengenalan XXXXXX - XX - XXXX) yang kini
bertugas di NAMA SEKOLAH SEKARANG untuk berpindah ke mana-mana sekolah di dalam
daerah XXX
3.
Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan dapat
meluluskan permohonan perpindahan ini atas sebab-sebab berikut :
(CONTOH
ALASAN YANG LOGIK, HEHE)
i) Ancaman
keselamatan kerana rumah yang
didiami isteri saya beralamat XXXX telah sering kali di pecah masuk. Isteri saya telah mengalami kerugian harta benda mencecah lebih
dari RMXXXX. Selain itu, saya khuatir perkara yang sama akan berulang kerana
kawasan tersebut memang sering menjadi sasaran pencuri seperti yang dikata oleh
pihak polis dan sehingga kini kes tersebut masih dalam siastan.
ii) Mempunyai
anak yang masih menyusu badan (12 bulan) dan sering mengalami masalah kesihatan
sehingga menyebabkan tekanan emosi kerana terpaksa berulang-alik dari Kuala
Langat ke Kuala Lumpur.
iii) Saya
dan isteri mempunyai rumah sendiri yang terletak seperti alamat di atas.
4. Sehubungan itu,
besarlah harapan saya agar permohonan perpindahan isteri saya berhampiran
dengan rumah kediaman kami mendapat pertimbangan sewajarnya dan seterusnya diluluskan
oleh pihak tuan. Saya juga berharap pihak tuan meluluskan permohonan isteri
saya kerana ini adalah kali ke enam permohonan di buat.
5.
Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi
kami di talian XXX-XXXXXXX (NAMA
SUAMI) atau XXX-XXXXXXX (NAMA ANDA). Segala kerjasama daripada pihak tuan saya
dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian,
terima kasih.
Yang
benar,
-------------------------
(NAMA
SUAMI)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
Finally dapat jugak tukar Alhamdulillah
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.