12 Panduan untuk cikgu dan bakal cikgu
March 18, 2019
Menjadi guru bukanlah tugas mudah. Memang nampak macam senang je keje ni, masuk kelas mengajar kemudian tengah hari dah balik! Tapi hakikatnya, hanya cikgu yang faham tugas 'sebenar' seorang cikgu. Hakikatnya, tiada pekerjaan yang mudah sebenarnya. Menjadi surirumah pun susah tau !
Cikgu Norazimah yang bangga menjadi cikgu ;) |
Panduan untuk cikgu dan bakal cikgu
Disini merupakan panduan untuk cikgu dan bakal cikgu yang CN dapat dari group whatsapp. Harap dapat membantu cikgu-cikgu dan bakal cikgu berdepan segala cabaran bergelar seorang cikgu.
1. Jangan over dos kerja sebagai guru. Ramai yang sakit jiwa, stress dan mati mengejut. Zaman berhempas pulas umpama lilin membakar diri sudah berlalu. Ini zaman bayar bil baru lampu bernyala.
2. Guru bukan aktivis badan kebajikan tapi 'Pembina Modal Insan'... Nasib mu belum pasti dapat pembelaan. Ianya bukan auta tapi fakta. Pilihlah pengerusi kelab staf yang berani menyuarakan masalah dalaman. Jangan lantik tujuan pekena kawan-kawan. Kelab Staf bukan sekadar konsultan menyambut hari guru dan jamuan. Suarakan yang hak dan isu kebajikan rakan-rakan.
3. Pemegang jawatan di sekolah, PPD, JPN dan KPM tidak mampu melakukan perubahan. Menyelesaikan isu kecil pun mereka terikat dasar dan punca kuasa peraturan. Anda mungkin terkontang kanting kemudian. Segelintir cuma mereka yang tidak mengutamakan pangkat kedudukan. Suatu hari anda akan merasai kebenaran pepatah 'habis madu sepah dibuang bertaburan'. Ketika memerlukan sokongan, rakan sekolah hilang lari bertempiran. Sikap 'enau dalam belukar' akan kelihatan. Yakinlah ini kenyataan!
4. Berubah kerajaan persekutuan atau 10 kali Menteri Pendidikan berganti jawatan, belum tentu kita ada pembelaan. Pilihan yang ada, kerjalah dengan kegembiraan. Usah risau dengan sistem dan dasar tak ketahuan. Yang boleh ikut, kita ikut. Jika anda tidak mampu mengubah angin, laraskan layar anda!
5. Pemimpin sekolah harus berani berubah. Jangan terlalu rigid, belajarlah bertoleransi, bina karektor disegani dan disayangi. Anda pasti lebih dihormati. Persaraan dan kehilangan akan dirasai. Malangnya ramai yang mencipta jurang benci, macam kuku besi, alahai sedih sekali.
6. Markah prestasi usah kecewa jika tidak memuaskan hati. Bekerjalah dengan penuh komitmen dan rendah diri. Sentiasa syukur dan redha. Jangan merungut atau kecewa, mungkin itu bukan hak kita. Kerjalah dengan ikhlas, jangan dengki atau tikam kawan untuk tunjuk prestasi kepada majikan. Usah fikir target APC dan imbuhan. Paling utama biar hati gembira, hubungan silatulrahim mesra berkekalan.
7. Sokong dan hargai rakan taulan. Berikan ucapan tahniah kepada mereka yang terima anugerah prestasi atau kemajuan. Ingati harijadi rakan dan doakan mereka kejayaan. Salurkan aura positif kepada sahabat kenalan. Doakan mereka kerana itulah senjata paling berkesan.
8. Hakikat kebenaran, Kajian kami mengesahkan 90% persekitaran pendidikan berada pada tahap negatif dan membimbangkan. Semangat menurun akibat sikap dalaman. Sokongan dan penghargaan kurang diberikan. Persaraan awal semakin jadi pilihan. Banyak keluhan pentadbiran rigid, tidak terbuka terhadap teguran, mesyuarat kerap, lama dan membosankan. Ada pentadbir mula lemas dalam kuasa pinjaman. Lupa diri dek ujian jawatan yang mengubah perwatakan.
9. Targetlah umrah atau ibadah haji se awal usia. Semua perkara akan lebih indah setelah kesempurnaan agama dilaksana... percayalah janji tuhan mana ada dusta!
Cuti sekolah jalanlah sepuasnya. Ianya ubat minda dan kesihatan untuk menghilangkan tekanan dalaman. CRK kita 10 hari sahaja, sapulah cuti sekolah jalan2 cari makan yang memang hak kalian.
10. Tuisyen dan kelas tambahan, tak salah anda minta bayaran. Masa bekerja atau mengajar sudah padan. Teringin buat kelas tambahan...silakan. Jangan kecewa jika tidak dihargai pengorbanan. Kos yang paling mahal ialah penghargaan dari persekitaran.
11. Semasa di sekolah kerjalah sehabis baik, Menepati masa, cekap berwibawa, jangan benarkan kita dipandang lekeh pada personaliti dan perwatakan. Keluar pagar jangan pandang belakang, jalan terus ke depan, buat apa yang anda suka dan cuba usaha menambah pendapatan, asal halal, bermanfaat dan jangan peduli kritikan jenis manusia hantu syaitan. Mereka nak kita gagal dalam kehidupan.
12. Jika tiada masalah kewangan dan beban hutang...pencenlah awal sebagai pilihan.
Ambil yang Positive jer ok...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
nice sharing cn... nak p haji n umrah awal, dan pencen awal juga...
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.