MASA MANDI DHIA LEBIH MENYERONOKKAN DENGAN CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR
February 09, 2019
Carrie Junior Bubbly Bar | Masa
mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang
tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang
boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibubapa dan penjaga.
Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibubapa.
Dhia Zahra bersama Carrie Junior Bubbly Bar |
CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR, MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAPKAN KULIT SECARA SEMULAJADI
CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang
dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa
mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar.
Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru
yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi.
Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang
timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu,
hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.
CARRIE JUNIOR
Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin,
menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun.
Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH
lebih rendah berbanding sabun lain.
Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar
kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan,
memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa.
Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi,
sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit;
apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga
melembutkan kulit.
Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi,
ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang
berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga
merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.
CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling
menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih.
CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa
Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan.
Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient
untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.
Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan
di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia
di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di
kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat
100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak)
setiap satu.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
3 comments
Mesti harum semerbak Dhia lepas mandi ni.
ReplyDeletebest anak-anak suak mandi bila nampak sabun ni
ReplyDeleteeeyh da ada yang baru. hehe Carrie Junior ni yang dewasa pun suka..
ReplyDeletebau2 fruity best =D
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.