Ceriakan Hidup Anda dengan ZACT
February 21, 2019
ZACT Whitening | Senyumlah dengan lebar dan swafoto, kemudian
zoomkan pada gambar anda dan perhatikan gigi anda dengan teliti. Adakah anda nampak
sebarang kotoran atau warna kuning pada permukaan atau di celah-celah gigi? Tekupkan
tangan anda pada mulut dan hidung, hembus nafas dan hidu – adakah ianya berbau kopi atau teh?
Teh dan kopi adalah makanan dan minuman yang
mempunyai kandungan warna atau pigmen yang tinggi. Ianya boleh mengotorkan gigi
dan membuatkan nafas kita berbau. Adakah kita bersedia meninggalkannya? Cuba
bayangkan pagi anda tanpa kopi yang menyegarkan atau petang anda tanpa aroma teh
yang menenangkan.
Ceriakan Hidup Anda dengan ZACT |
ZACT Whitening, teman baik pencinta kopi
Bolehkah anda ceriakan hidup anda dengan
senyuman yang menawan dan nafas yang segar?
ZACT merupakan salah satu ubat gigi pemutih
dan penghapus kesan kotoran pada gigi yang paling terkemuka ditawarkan oleh
Lion Japan, syarikat penjagaan oral No. 1 di Jepun yang berpengalaman selama 127 tahun
dalam pembangunan dan inovasi penjagaan oral.
ZACT Whitening, ujian di bawah persekitaran
makmal yang terkawal terbukti memiliki kuasa memutih 2 kali lebih baik
berbanding ubat gigi biasa yang tidak
mempunyai agen pemutih. Ia juga mempunyai 60 peratus kuasa menghilangkan kesan kotoran
yang lebih berkesan berbanding ubat gigi pemutih biasa.
ZACT Whitening |
Rasanya yang sejuk dan berpudina menyegarkan
nafas serta membantu mengurangkan bau nafas
kopi dan teh yang kurang menyenangkan.
ZACT Whitening, dengan florida
mengandungi Formula Advanced Whitening dan 2 Agen Pemutih, menguatkan gigi dan
membantu menghalang pembentukan kaviti. Jadi anda boleh memutihkan gigi, pada
masa yang sama melindungi gigi dan
menyegarkan nafas menggunakan satu produk. Ia selamat dan lembut untuk
digunakan setiap hari.
Penilaian klinikal mengenai
penggunaan ubat gigi pemutih ZACT ke atas 121 orang yang mempunyai kesan kotor
yang teruk pada gigi selama 4 hingga 8
minggu menunjukkan bahawa kandungan aktif yang ada di dalam ZACT adalah cukup
efektif. Ia mempunyai 2 kali lebih kuasa untuk menghilangkan kesan pada gigi
selepas digunakan selama 4 hingga 8 minggu.
Kebanyakan rakyat Malaysia merupakan penggemar
kopi dan teh tegar yang sukar untuk meghilangkan keinginan menikmati minuman
tersebut. Namun, senyuman yang menarik juga penting bagi keterampilan diri yang
lebih yakin.
ZACT Whitening |
Harga ZACT Whitening?
ZACT Whitening boleh didapati di pasaraya
besar, supermarket dan farmasi pada harga RM5.85 untuk 90g dan RM7.75 bagi
150g. maklumat lanjut, sila layari laman web: www.zact.com.my.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
2 comments
penggemar kopi, perokok sesuai sangat guna Zact ni.
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.