Resepi kek batik melting
October 14, 2021
Resepi kek batik melting | Kek batik melting memang lembut tambah ngan ganache atas tu, memang menggoda! Jom CN kongsikan resepi kek batik melting. Simple je.
Resepi kek batik melting |
Resepi kek batik melting
>> 2 bungkus biskut marie (300g setiap pek)
>> Milo 350g
>> Butter 250g
>> Susu pekat guna ikut manis yang kita nak macam CN tak sampai setengah tin pun sebab nak letak ganache
>> Telur A 2 biji pecahkan siap-siap dalam bekas lain
>> Air masak 1 cawan metrik
>> Air masak 1 cawan metrik
>> Coco powder 3 sudu besar
Cara-cara membuat kek batik melting
Cairkan butter, masukkan milo dan coco dengan air kacau sampai sebati. Offkan api masukkan telur kacau sampai tiada ketulan. Selepas itu, masukkan susu pekat kacau lagi dan masak sampai pekat baru masukkan biskut sikit-sikit sampai coklat salut semua biskut
Resepi Ganache
>> 1 cawan whipping cream non diary
>> 100- 200 g milk coklat. CN guna beryls je kalo nak coklat tebal letak banyak sikit choc
>> 1 sudu butter
☝️double boil whipping cream dulu sampai berbuih. Selepas itu masukkan coklat dengan butter. Nak ganache macam halus mulus, tapiskan ganache sebelum tuang. Simpan dalam fridge dalam 5 ke 6 jam.
👉Masa nak potong keluarkan dalam 20 minit. Biar dia lembut sikit setiap potongan pisau kena rendam dalam air panas dan lap sebelum potong baru cantik potongan dia.
Psst: Pastu bolelah nak corakkan dengan white choc ke buat lorek-lorek sebelum sejukkan dia.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
2 comments
Sedapnya , kena try nanti ni
ReplyDeletealamak... tang ganache tu yg aida pun melting tgk, CN.
ReplyDeletelom pernah buat ni.
dok beli ajer :) ha ha ha ha
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.