Skytrex Adventure Shah Alam, uji jiwa anda!

December 06, 2018

Skytrex Adventure Shah Alam | Alhamdulillah, tercapai sudah salah satu wishlist CN iaitu test jiwa di Skytrex Adventure Shah Alam. Memang teruji jiwa hokay lagi-lagi apabila anda mencuba cabaran Big Thrill untuk kali pertama. Rasa macam nak pengsan di pertengahan cabaran iaitu di atas pokok paling tinggi. Masa tu tak ingat dah nak ambil gambar ke apa, duk berzikir je ! 

Skytrex Adventure Shah Alam, skytrex, skytrex big thrill, skytrex shah alam booking, skytrex shah alam review, skytrex shah alam price 2018, skytrex shah alam big thrill, skytrex shah alam intermediate, skytrex shah alam beginner, skytrex shah alam little adventure, skytrex shah alam blog
CN di Skytrex Adventure Shah Alam


Video Cabaran Big Thrill di Skytrex Adventure Shah Alam



3 Cabaran Utama di Skytrex Adventure Shah Alam


Hokay, Skytrex Adventure Shah Alam ini menawarkan 3 cabaran iaitu Little Adventure, Big Thrill & Extreme Challenge. Tinggi minimum untuk Little Adventure adalah 110 cm, jadi boleh lah bawa anak-anak anda kesini ye. Manakala tinggi minumun untuk Big Thrill & Extreme Challenge pun adalah 140 cm. Berat maksimum untuk semua cabaran ini pula adalah 100 kg. 


Skytrex Adventure Shah Alam, skytrex, skytrex big thrill, skytrex shah alam booking, skytrex shah alam review, skytrex shah alam price 2018, skytrex shah alam big thrill, skytrex shah alam intermediate, skytrex shah alam beginner, skytrex shah alam little adventure, skytrex shah alam blog
3 cabaran utama di Skytrex Adventure Shah Alam

CN bersama bff iaitu Cikgu Izyan memilih untuk mencabar diri kami dengan cabaran pertengahan iaitu Big Thrill. Almaklumlah, beginner katakan. Alhamdulillah, kami berjaya habiskan semua cabaran dalam masa lebih kurang sejam sahaja. Tipsnya, volunteer untuk jadi antara terawal memulakan cabaran. Sebab biasanya memang ramai yang akan mencuba cabaran Big Thrill ini. Jika anda memilih untuk terakhir, tunggu & lihat lah pelbagai drama orang sebelum anda ye. Elok-elok berani terus jadi takut sebab tengokkan orang sebelum anda yang asyik menjerit-jerit je ! Hehehe


Skytrex Adventure Shah Alam, skytrex, skytrex big thrill, skytrex shah alam booking, skytrex shah alam review, skytrex shah alam price 2018, skytrex shah alam big thrill, skytrex shah alam intermediate, skytrex shah alam beginner, skytrex shah alam little adventure, skytrex shah alam blog
Muka excited setelah separuh cabaran settle

Skytrex Adventure Shah Alam, skytrex, skytrex big thrill, skytrex shah alam booking, skytrex shah alam review, skytrex shah alam price 2018, skytrex shah alam big thrill, skytrex shah alam intermediate, skytrex shah alam beginner, skytrex shah alam little adventure, skytrex shah alam blog
CN & bff, Cikgu Izyan

CN & bff adalah orang ke 5 & 6 memulakan cabaran. Orang sebelum kami memang cepat & laju habiskan cabaran, dah biasa agaknya! Yang kelakar, orang selepas CN lebih kurang 15 minit lambat sebab tunggukan gengnya yang takut. Jadinya, CN & bff boleh menjerit & ketawa riang sebab weouls berdua je semasa di pertengahan cabaran. 

Skytrex Adventure Shah Alam, skytrex, skytrex big thrill, skytrex shah alam booking, skytrex shah alam review, skytrex shah alam price 2018, skytrex shah alam big thrill, skytrex shah alam intermediate, skytrex shah alam beginner, skytrex shah alam little adventure, skytrex shah alam blog
Pekerja Skytrex Adventure akan memakaikan alat keselamatan kepada anda. 

Skytrex Adventure Shah Alam, skytrex, skytrex big thrill, skytrex shah alam booking, skytrex shah alam review, skytrex shah alam price 2018, skytrex shah alam big thrill, skytrex shah alam intermediate, skytrex shah alam beginner, skytrex shah alam little adventure, skytrex shah alam blog
Excited untuk mendengar taklimat ringkas tentang cara penggunaan safety gear


Seronok? Mestilah seronok. Asyik-asyik flying fox je. Sampaikan cabaran merentasi kayu-kayu pun CN rasa nak buat flying fox je sebab rasa lagi laju! Tapi selepas habis cabaran, hah! Rasakan letih hokay! Tangan memang sakit sampai esoknya! 

Skytrex Adventure Shah Alam, skytrex, skytrex big thrill, skytrex shah alam booking, skytrex shah alam review, skytrex shah alam price 2018, skytrex shah alam big thrill, skytrex shah alam intermediate, skytrex shah alam beginner, skytrex shah alam little adventure, skytrex shah alam blog

Bagi CN, cabaran paling sukar di atas pokok paling tinggi dimana anda perlu merentasi kayu-kayu yang tidak rata susunannya pada ketinggian yang giler seperti gambar di bawah. Giler tak? Mulut CN duk beristifar je. Sebelum tu kemain duk potpet mulut cakap best la, seronok lah, tiba dekat sini terus terdiam! Mujur bff CN bagi semangat cakap "Ko boleh Azie". Melangkah lah dengan jiwa yang kental hokay. Walaupun agak takut pada ketinggian, tapi mesti kena pandang ke bawah jugak sebab laluan tu memerlukan anda memandang ke bawah. Giler tak? Hehehe..

Skytrex Adventure Shah Alam, skytrex, skytrex big thrill, skytrex shah alam booking, skytrex shah alam review, skytrex shah alam price 2018, skytrex shah alam big thrill, skytrex shah alam intermediate, skytrex shah alam beginner, skytrex shah alam little adventure, skytrex shah alam blog
Gambar google sebab CN tak berani tak ambil gambar disini, tinggi woo
Serius, jika anda sukakan cabaran. Memang Skytrex Adventure Shah Alam adalah tempat yang sesuai buat anda. Selepas habis cabaran tu memang agak insaf untuk mencuba lagi, tapi semasa menulis artikel ini. Rasa teringin pulak untuk mencuba Extreme Adventure, amacam, hokay tak?

Skytrex Adventure Shah Alam, skytrex, skytrex big thrill, skytrex shah alam booking, skytrex shah alam review, skytrex shah alam price 2018, skytrex shah alam big thrill, skytrex shah alam intermediate, skytrex shah alam beginner, skytrex shah alam little adventure, skytrex shah alam blog
Bergambar di last check point, yeah!

Harga tiket masuk ke Skytrex Adventure Shah Alam


Anda boleh beli tiket sama ada secara online atau walk in. Tapi CN cadangkan untuk beli secara online sebab harganya lagi murah dan anda tak perlu bersusah payah ke venue Skytrex Adventure yang agak ke dalam. Pekerja mereka akan menunggu anda di pintu masuk Taman Botani Shah Alam tau. 

Skytrex Adventure Shah Alam, skytrex, skytrex big thrill, skytrex shah alam booking, skytrex shah alam review, skytrex shah alam price 2018, skytrex shah alam big thrill, skytrex shah alam intermediate, skytrex shah alam beginner, skytrex shah alam little adventure, skytrex shah alam blog
Harga tiket masuk ke Skytrex Adventure Shah Alam

Jika anda mengambil pakej Big Thrill, glove sangat penting! Boleh bawak sendiri atau beli je di kaunter. CN beli sendiri tapi berkenan pulak dengan glove yang dijual di kaunter. Cuma RM10 sahaja. Untuk air, rasanya tak perlu kot sebab macam tak sempat nak minum air. Nervous lebih hokay! 

Skytrex Adventure Shah Alam, skytrex, skytrex big thrill, skytrex shah alam booking, skytrex shah alam review, skytrex shah alam price 2018, skytrex shah alam big thrill, skytrex shah alam intermediate, skytrex shah alam beginner, skytrex shah alam little adventure, skytrex shah alam blog
Sijil setelah berjaya menamatkan cabaran Big Thrill

Sijil macam gambar atas ini pulak cuma RM5 sahaja. Rasa bangga hokay ada sijil ini, bukan calang orang yang boleh habiskan cabaran Big Thrill ini tau. Memang sangat mencabar! So jika anda sukakan cabaran, apa kata cuba sendiri pelbagai cabaran di Skytrex Adventure Shah Alam. 

Skytrex Adventure Shah Alam, skytrex, skytrex big thrill, skytrex shah alam booking, skytrex shah alam review, skytrex shah alam price 2018, skytrex shah alam big thrill, skytrex shah alam intermediate, skytrex shah alam beginner, skytrex shah alam little adventure, skytrex shah alam blog
We did it Big Thrill Challenge! 

Lokasi Skytrex Adventure Shah Alam


Skytrex Adventure Shah Alam ini terletak di dalam Taman Botani Shah Alam. Anda perlu membayar RM3 untuk tiket masuk ke sini. 



~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. salute lah!! tinggi gila tuh!!gee main yang di Gambang utk beginner pun dah ketar lutut..tapi kepuasan habis buat tu best kan!

    ReplyDelete
  2. gayat pulak tengok gambar kayu-kayu tak bersusun tu. kalau buat half je boleh kew serammm tempat tinggi

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.