Resepi bubur pulut hitam
December 30, 2018
Resepi bubur pulut hitam | Bubur pulut hitam antara bubur manis kegemaran CN. Kalau dapat makan ni, memang tak sedar dah makan bermangkuk-mangkuk. Lagi-lagi bubur pulut hitam ni dimakan panas-panas ! Fuh, sedapnya! Meh sini CN kongsi dengan anda resepi bubur pulut hitam yang sangat mudah untuk disediakan dengan menggunakan periuk kesayangan ramai iaitu Noxxa.
Selamat mencuba !
Selamat mencuba !
Bubur bubur pulut hitam Noxxa
Resepi Bubur Pulut Hitam |
Bahan-bahan membuat bubur pulut hitam
>> 2 cawan beras pulut hitam (direndam 30 minit dan toskan)
>> 2 cawan santan
>> 4 cawan air
>> 1 cawan gula (nak sedap boleh letak gula perang)
>> Sehelai daun pandan yang diikat
>> Secubit garam
Cara-cara membuat bubur pulut hitam menggunakan Noxxa
>> Masukkan beras pulut hitam, air serta daun pandan ke dalam inner pot.
>> Tutupkan periuk dan tekan mode HP 45 minit
>> Setelah 45 minit, release kan wap dan tekan mode STIR FRY
>> Masukkan santan, gula dan sedikit garam.
>> Kacau sebati dan didihkan selama 5 minit.
>> Siap bubur pulut hitam Noxxa yang super sedap dan maveles !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
SedapnYa bila dimakan panas2
ReplyDeleteMemang sedap..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.