Mesti singgah ke Don's Warong Plaza Damas
November 05, 2018
Don's Warong Plaza Damas | Apa plan cuti sekolah ni? Jika anda merancang membawa anak-anak ke Pusat Sains Negara, anda boleh singgah lunch ke Don's Warong yang terletak di Plaza Damas tidak jauh dari situ. Ada pelbagai menu melayu & western Don's Warong tau. Paling menarik sudah tentu laksa Johor original resepi. Sedap sangat sampai tak sedar CN boleh habiskan semangkuk besar laksa Johor Don's Warong tau.
Selain laksa Johor, ada pelbagai lagi menu masakan melayu serta western di Don's Warong ini. Adik CN memilih nasi lemak ayam berempah. Anak-anak pula tekak omputih memilih chicken chop.
Mesti singgah ke Don's Warong Plaza Damas |
Laksa Johor sedap di Hartamas!
Jika anda penggemar laksa Johor, anda mesti cuba laksa Johor Don's Warong. Memang recommended dari CN hokay. Dengan kuahnya yang pekat, sambalnya yang sedap, alahai! Terasa di tekak masa menulis artikel ni tau.
Muka teruja dengan menu menggoda di Don's Warong |
Semangkuk besar ni boleh makan 2 orang sebenarnya, tapi sebab CN suka sangat, sorang-sorang CN habiskan ye. So kalau anda ke kawasan Hartamas dan sekitarnya, boleh singgah makan laksa Johor di Don's Warong.
Laksa Johor sedap Plaza Damas |
Aneka Menu di Don's Warong
Selain laksa Johor, ada pelbagai lagi menu masakan melayu serta western di Don's Warong ini. Adik CN memilih nasi lemak ayam berempah. Anak-anak pula tekak omputih memilih chicken chop.
Aneka menu di Don's Warong |
Oleh sebab CN terbaca tentang review Don's burger yang ramai recommend, CN pun cuba & memang best lah burger homemade ni. Daging burgernya juicy & burgernya memang besar siap pakej bersama telur goreng lagi. Kenyang giler makan Don's burger ni. Cuma sayang union ringnya ada 3 je, kalau lebih mesti best sebab sedap pulak. Yela, kentang goreng tu dah biasa jumpa! Hehehe...
Don's Burger yang mesti dicuba |
Chicken chop pilihan anak-anak pulak meriah dengan kacang peas, carrot, telur & fries. Chicken chopnya memang rangup & CN suka kuahnya yang pekat & tak berapa pedas. Sesuai untuk anak-anak.
Meriah kan chicken chop Don's Warong? |
Selain laksa Johor, ramai orang recommed untuk cuba nasi lemak ayam berempah. Nasi lemaknya lembut & wangi serta sambal yang just nice pedasnya. Tak berasap mulut gituw. Sudah tentu ayam berempahnya wangi & rasa rempahnya meresap ke dalam ayam. Lembut pulak tu. Keropok ikan tu sekejab je sebagai hiasan, pantas anak-anak rampas hokay ! Berebut pulak nak makan keropok ikan tu!
Nasi lemak ayam berempah Don's Warong |
Okay, meriah tak air pilihan kami? Ada 2 teh o ais (habis dulu sebelum makanan habis), 2 juice orange (recommended) & 1 jus carrot.
Minuman pilihan kami di Don's Warong |
Selain makanan berat, ada juga pilihan dessert yang sedap-sedap tau. Nampak menggoda tak ABC menara dengan coklat & kacang besaq tabur di atas? Berebut anak-anak bila sampai je ABC ni dekat meja kami. Kusyuk je budak-budak tu menghayati ABC yang sedap ni. Tak sempat pulak CN rakam keletah budak-budak tu sebab CN sendiri pun sama kusyuk menghayati ABC sedap ni. Mesti cuba!
Ada juga aneka kek yang menggoda. CN tak sempat cuba sebab kenyang sangat! InsyaAllah, next visit CN akan cuba pulak kek yang menggoda di Don's Warong ini.
ABC sedap Don's Warong |
Ada juga aneka kek yang menggoda. CN tak sempat cuba sebab kenyang sangat! InsyaAllah, next visit CN akan cuba pulak kek yang menggoda di Don's Warong ini.
Cup cake yang menggoda |
Muka excited CN dapat makan makanan sedap di Don'w Warong |
Melayan anak-anak makan |
Dekorasi yang santai tapi kemas di Don's Warong
Apa yang CN suka tentang dekorasi di Don's Warong ini adalah konsep santai. Memang relax je bersama anak-anak yang aktif hampir 2 jam di sana. Bahagia je makan sambil borak-borak. Anak-anak pulak ada aktiviti mereka yang tidak memerlukan mereka berlari-lari di dalam restoren.
Pertandingan Mewarna Untuk Pengunjung Don's Warong
Hah, apa aktiviti anak-anak yang menyebabkan mereka boleh leka tanpa perlu berlari-lari di dalam restoren? Ini dia, pertandingan mewarna untuk pengunjung kanak-kanak Don's Warong!
Kusyuk anak-anak mewarna sementara menunggu makanan sampai |
Anak-anak join Pertandingan Mewarna di Don's Warong |
Sampai je ke Don's Warong, pekerja di sana terus memberikan 4 helai kertas mewarna serta color pensil untuk anak-anak. Seronoklah mereka! Kalau tak, mesti budak-budak ni dah 'explore' restoren ni tau. Rupa-rupanya ada pertandingan mewarna untuk pengunjung Don's Warong bermula 24 November 2018 hingga 31 Disember 2018. Rezeki anak-anak lah dapat join pertandingan mewarna ni. Ada 3 kategori iaitu 2 hingga 6 tahun, 7 hingga 12 tahun dan 12 hingga 17 tahun. Hadiahnya pulak lumayan tau, vouche makan RM100 untuk setiap kategori!
CN memerhatikan anak-anak mewarna. Tengoklah Dhia Zahra tu, kemain kusyuk kan? Hehehe.. |
Sebab Dhia Zahra sudah 2 tahun, budak kecik tu pun join tau pertandingan mewarna ni. Hasilnya? Tengok gambar bawah ni!
Dhia Zahra & Aqila menunjukkan hasil mewarna mereka. Abang Irfan pulak kusyuk sangat mewarna tu. |
Bergambar bersama manager Don's Warong. p/s: Dhia Zahra suka sangat dengan manager ni tau, hehe |
Lokasi Don's Warong
Instagram : @donswarong
Facebook : @DonsWarong
Alamat : B-0-4, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
4 comments
jom lepak lagi
ReplyDeleteJOm jom, kot2 menang coloring contest tu! hahaha
DeleteWow sedapnya pilihan makanan kat don ni
ReplyDeletememang sedap2. Berbaloi tau
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.