Kasut sekolah Pallas untuk Irfan tahun depan
July 27, 2020
Walaupun ramai yang excited dengan penggunaan kasut sekolah hitam untuk anak-anak, CN tetap memilih kasut sekolah putih untuk Irfan darjah satu tahun depan. Kasut sekolah putih ini sebenarnya sangat selesa untuk anak-anak yang aktif. Ia tidak menyerap haba & mengurangkan risiko gigitan nyamuk berbanding kasut hitam yang menjadi perhatian nyamuk tau. Paling penting, kasut sekolah putih ini mendidik anak-anak supaya lebih berdisiplin untuk memastikan kasut sentiasa putih dan bersih.
Pilihan Terbaik untuk Irfan
Pallas merupakan antara jenama yang menjadi kegemaran CN semasa sekolah dahulu. Kasutnya memang selesa dan tahan lasak. Sudah tentu CN juga memilih kasut sekolah jenama Pallas untuk Irfan yang bakal menempuh alam sekolah tahun depan.
>> Mesti Tahu - pilihan susu formula terbaik di malaysia.
>> Mesti Tahu - pilihan susu formula terbaik di malaysia.
Darjah 1 merupakan tahun kritikal untuk anak-anak yang baru menempuh alam persekolahan. Memang berbeza dengan prasekolah, darjah 1 memerlukan anak-anak untuk lebih berdikari & berdisiplin. Jadi kasut sekolah yang selesa amat penting untuk mereka mudah bergerak aktif kemana-mana. Menariknya kasut Pallas ini, ianya extra light tau. Ringan je sesuai untuk anak yang aktif. Paling penting, mudah untuk dipakai & bergaya!
2021 bermula pemakaian kasut sekolah hitam
Masih jauh untuk tahun 2021 dimana penguatkuasaan untuk penggunaan kasut sekolah hitam. Jadi CN & Encik Suami bertekad untuk mengajar Irfan memakai kasut sekolah putih. InsyaAllah, dalam tempoh 2 tahun ini, kami akan mendidik Irfan supaya menjaga kebersihan kasut sekolah putih dari membasuh, kapur kasut serta menjaga supaya tidak kotor. Hal ini dapat mengajar Irfan supaya lebih berdisiplin & berdikari menguruskan sendiri kasut sekolahnya.
Berbanding kasut hitam, anak-anak mungkin akan malas untuk membasuhnya disebabkan rupa yang masih 'elok'. Ini akan menyebabkan kasut berbau & tidak selesa untuk dipakai. Kasut putih? Setiap minggu kena basuh & sudah tentu tidak berbau. Paling best, kasut sekolah Pallas ini senang dibasuh.
Promosi Kasut Sekolah Pallas Yang CN Search
Lamanweb : https://www.pallas.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/PallasMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/pallasmalaysia/
Youtube : https://www.youtube.com/user/pallasmalaysia
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
20 comments
Kejab jew irfan dah besar nak masuk darjah 1 next year. Lebih suka kasut putih memang dah sinonim dengan budak sekolah n latih diaplin dan pembersih
ReplyDeletetula, nak ajar irfan berdisiplin pakai kasut putih ni
DeleteWah dah lama xpakai kasut jenama pallas.. Kalau dulu sek pakai jenama ni.. Hihi..
ReplyDeleteSama lah kita, CN sekolah dulu pun pakai kasut jenama ni gak
Deletedah nak masuk darjah satu dahh...ooo...start 2021 eh...Sally baru nak tanya kenapa tak beli warna hitam..huhuhu
ReplyDeleteada 2 tahun lagi, so saje latih irfan pakai kasut sekolah putih
DeleteWah, bergaya la Irfan dengan kasut Pallas tu 👍
ReplyDeleteHehe, terima kasih ;)
DeleteSha pun belum cari kasut sekolah untuk Zaryth ni..sama laa darjah 1..pallas memang banyak pilihan elok
ReplyDeletekebetulan tgh byk promosi terus beli dulu
DeleteWah..kejap jer masa verbally,anak pun dah nk msk sekolah
ReplyDeletetula, sekejab je irfan dh darjah 1 thn dpn
DeleteWah..awal2 dh buat persiapan ye...akak x beli apa pun lagi untuk kakak Dania
ReplyDeleteRisau beli last minute xde size nnti 😅
DeleteOo..taun 2021 baru betul2 laksana kasut hitam ek..ingatkan taun depan da kena pakai..
ReplyDeleteTapi betul tu, pakai kasut putih lebih membantu dalam mendidik anak2 jadi lebih berdisiplin 👍
Lama lagi, lagi pun kasut putih byk promo skrg ni
DeletePallas ni dri zaman cik en sek dlu de
ReplyDeleteSama lah kita, dr zaman sekolah dulu pakai pallas ni
DeleteIrfan junior dah pandai berhaya ya..membesar dengan blog kat mama kan
ReplyDeleteTula, dh besar semakin bergaya
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.