Cara mohon cuti kuarantin
November 26, 2018
Cara mohon cuti kuarantin | CN percaya pasti ramai pegawai kerajaan tahu akan kewujudan cuti kuarantin. Cuti kuarantin ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2017. Cuti kuarantin ini adalah kepada pegawai kerajaan yang mengidap penyakit berjangkit sama ada dalam Malaysia atau baru pulang dari luar negara.
Selain itu, cuti kuarantin ini juga layak dipohon oleh pegawai yang anaknya mengidap penyakit berjangkit atau perlu dikuarantin yang telah diperaku oleh pegawai perubatan kerajaan/swasta.
Anak disini bermaksud :
>> anak kandung
>> anak tiri tanggungan
>> anak angkat de facto
>> anak angkat (akta 257 tahun 1952)
>> anak peliharan (akta kanak-kanak 2001)
Selain itu, cuti kuarantin ini juga layak dipohon oleh pegawai yang anaknya mengidap penyakit berjangkit atau perlu dikuarantin yang telah diperaku oleh pegawai perubatan kerajaan/swasta.
Anak disini bermaksud :
>> anak kandung
>> anak tiri tanggungan
>> anak angkat de facto
>> anak angkat (akta 257 tahun 1952)
>> anak peliharan (akta kanak-kanak 2001)
Cara Memohon Cuti Kuarantin
1. Dapatkan laporan perubatan Doktor kerajaan/swasta yg mengesahkan penyakit berkaitan.
2. Lampirkan laporan perubatan yang asal bersama borang permohonan cuti kuarantin. Nyatakan bilangan hari cuti yang dipohon.
3. Ketua Jabatan MEMPERTIMBANGKAN bilangan hari cuti yang dipohon dan meluluskan mengikut keperluan perkhidmatan.
4. Kemudahan cuti berdasarkan setiap kes.
5. Cuti kuarantin akan dicatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan.
6. Jenis Penyakit : Malaria, Demam Denggi ,Campak, Chikenpox, Tangan Kaki n Mulut (HFMD) dan Difteria (sejenis penyakit yg berkaitan batuk & sesak nafas. Namun di malaysia kanak-kanak sudah diberi dos suntikan sejak kecil).
7. Cuti MESTI dipohon (bukan seperti mc)
8. Cop tarikh terima dokumen doktor (mesti disertakan pada borang)
9. Luluskan 1 hingga 5 hari (bukan wajib 5 hari)
10. Klausa 13 pada pekeliling - hak KETUA JABATAN atas kepentingan perkhidmatan bukan semestinya terus dapat cuti
Pekeliling Cuti Kuarantin
Cuti kuarantin untuk penjawat awam by Cekgu Norazimah on Scribd
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.