Apps Manhajj penyelesaian ibadah umrah

November 01, 2018

Aplikasi Manhajj | Berita baik buat mereka yang ingin mengerjakan umrah, Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Mutawwif) telah memperkenalkan Aplikasi Manhajj yang merupakan kemudahan dan bimbingan secara dekat kepada umat Islam di negara ini dalam permasalahan ibadah umrah. Aplikasi tersebut berperanan sebagai satu pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran dan semakan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif.

Apps Manhajj penyelesaian ibadah umrah


Aplikasi Manhajj, membantu para jemaah menunaikan umrah


Aplikasi Manhajj juga turut menghubungkan di kalangan pengguna menerusi laman hiburan yang bermanfaat di telefon bimbit dalam usaha  menambah ilmu pengetahuan. Ia merupakan satu langkah atau pendekatan yang diambil Manhajj Mutawwiff bagi membantu bakal jemaah untuk mempersiapkan diri menunaikan umrah. Aplikasi Manhajj ini bakal menjadi tunjang utama dalam menjalankan perniagaan di samping menjadi medium pembelajaran sepanjang hayat untuk komuniti Manhajj.

Apps Manhajj 

Antara ciri-ciri pintar yang terdapat dalam Aplikasi Manhajj apabila pengguna boleh muat naik status menerusi ikon Community. Selain itu, gambar-gambar juga boleh dimuat turun melalui Kalam Manhajj dan memiliki ciri senarai semak bagi membantu persediaan jemaah umrah.

Antaramuka apps Manhajj

Antaramuka apps Manhajj
Antaramuka apps Manhajj

Aplikasi Manhajj juga mempunyai ‘panic button’ sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah dan Madinah apabila kelebihannya dapat menghubungkan antara jemaah dan mutawwif sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Tanah Suci. Pada masa sama, pengguna boleh membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah serta soalan-soalan beserta jawapan berkaitan permasalahan umrah.

Majlis perasmian yang meriah

CN turut berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj di IDCC Shah Alam yang berlangsung pada 28 Oktober yang lalu. Memang meriah dengan kehadiran VIP & artis-artis terkenal.

Ketua Pegawai Eksekutif Manhajj Brothers Sdn. Bhd, Abd Halim Ikhsan memberitahu dalam ucapannya bahawa Aplikasi Manhajj turut memiliki kelebihan apabila menawarkan Kursus Umrah yang lengkap secara atas talian dan paling istimewa mempunyai senarai semak bagi membantu jemaah menunaikan ibadah umrah. Selain itu jelas beliau, pelbagai informasi menarik turut dibekalkan kepada pengguna.

Muat turun aplikasi Manhajj di >>  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.manhajj.apps.manhajj



4 Negara Rebut Juara Manhajj Mutawwif Musim Kedua


Pada majlis yang sama juga turut dilancarkan program realiti televisyen pencarian mutawiff, Manhajj Mutawwif untuk musim kedua dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan. Penerbitnya, juga Abd Halim Ikhsan berkata, musim terbaharu ini lebih menarik kerana akan melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Beliau menjelaskan, para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara.

“Untuk musim kedua, program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa. Antara elemen baharu lain diperkenalkan adalah ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka. Seperti musim lalu, para peserta akan bersaing dalam lapan konsert termasuk final dengan tugasan yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya,” katanya.
Antara hadirin yang hadir semasa majlis perasmian

Abd Halim menambah, program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat.

“Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Tapi sayangnya peranan dan pengetahuan masyarakat terhadap pekerjaan ini masih kurang. Harapan saya melalui rancangan ini mutawwif akan lebih dikenali,” katanya.
 

Pemenang Manhajj Mutawwif Musim Pertama


Program selama satu jam setengah itu akan mula ditayangkan pada 25 Januari 2019. Manhajj musim pertama yang bersiaran bermula Mac hingga Mei lalu menobatkan Ahmad Syafik Samat sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi. Naib juara menjadi milik Muhammad Syafiq Abdul Rashid (RM50,000 dan trofi), tempat ketiga dimenangi Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki (RM30,000) dan tempat keempat adalah Muhammad Mustakim Abd. Rahim (RM10,000 dan trofi).


Maklumat lanjut layari

>> Fb.me/manhajjmutawwif
>> Instagr.am/manhajjmutawwif
>> https://www.youtube.com/channel/UC155wmr4K83yn6C7a0AkbDA

#manhajjmutawwif #umrah #aplikasimanhajj #manhajjDHN #manhajjmutawwif2018


CN berlatarbelakangkan kiswah yang dipamerkan ketika majlis perasmian Apps Manhajj & Manhajj Mutawwif Musim Kedua

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

2 comments

  1. Menarik... sangat membantu app ni untuk mereka yang nak membuat umrah...

    ReplyDelete
  2. Saya pun dah download apps.. mmg bagus dan bnyk rujukan bermanfaat.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.