SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk pencerahan dan kesegaran intim wanita
October 30, 2018
SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE | Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan? Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya SumberAyu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda.
Pembersih Wanita Terbaik dari Sumber Ayu
Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah
di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan,
kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit
di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna
yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon,
penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur.
Walau bagaimanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya SumberAyu
3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di
kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda.
Sumber Ayu
3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar
1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang
membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice,
bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia
malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit
yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan
proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula
bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang
tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.
SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE |
Feminine Hygiene Care - Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White
Dengan memilih pencuci feminin
yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan
yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly
White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5
hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa .
Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang
kurang menyenangkan dan kegatalan.
Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional,
Sumber Ayu
3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah
yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang
dapat membantu mengetatkan kawasan intim wanita dan ini dapat memberikan keyakinan yang
tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra.
Pembersih intim wanita terbaik dari Sumber Ayu |
Tambahan pula, Sumber Ayu
3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana.
Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari.
Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragama Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf
halal.
Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi
1, Sumber Ayu
3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit.
Ianya juga dapat mengetatkan kawasan intim dan mengawal kandungan pH disekitarnya.
Kandungan Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White yang selamat & halal |
Harga Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly
White kini dengan pembungkusan klasik yang
diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang
lebih lembut dan pekat.
Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu
90 ML dengan harga RM9.20 dan 200 ML dengan harga RM15.50.
SUMBER
AYU rangkaian produk penjagaan diri yang
berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian Produk SUMBER
AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
3 comments
sy pun peminat sumber ayu jugak..
ReplyDeleteSumber ayu Kak Feni yang lama dah habis. Nanti nak cuba yang baru ni la.
ReplyDeleteharga mam pu milik ni
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.