Kali pertama ke Kuan Wellness Eco Park

October 15, 2018

Kuan Wellness Ecopark | Sebenarnya sudah lama CN teringin untuk ke Kuan Eco Wellness Eco Park ni kerana terpikat dengan papan iklan yang besar yang menggoda. Baru cuti lepas berkesempatan ke sana bersama-sama ibu & anak-anak CN. Kebetulan lepas bersarapan di Selera 7, tiada arah ke mana. Jadi sampai lah kami ke sini. Mudah je ke sini, lokasinya selepas Batu Laut dan sebelum pekan Tanjung Sepat. Kalau dari arah Banting, Kuan Wellness Eco Park ni disebelah kanan anda. 

Irfan & Dhia bergambar di hadapan kincir angin yang menjadi tarikan utama ke Kuan Wellness Eco Park

Tempat Cantik Bergambar Di Kuan Wellness Eco Park


Bagi pencinta alam ataupun kaki instagram, CN percaya anda pasti akan sukakan Kuan Wellness Eco Park kerana disini ada banyak tempat cantik untuk bergambar. Ibu CN sendiri pun suka bergambar disini. Hijau je pemandangan. Nama pun taman eco kan. Haruslah bertemakan keindahan alam. 

Irfan & Dhia bergambar di tempat kegemaran Instafemes bergambar gituw...

CN pun mestilah nak bergambar juga kan. Kredit kepada Irfan yang mengambil gambar ni

Opah pun suka bergambar tau

Opah & cucu-cucu di Kuan Wellness Eco Park

Tempat parking di sini luas. Sebenarnya tarikan utama Kuan Wellness Eco Park adalah mini zoo. Tapi kebetulan semasa kami sampai ke sana dalam proses renovation, jadi tak dapat lah masuk ke mini zoo tu. Harga tiket ke mini zoo tak silap CN RM5 untuk dewasa. Tak sempat pulak nak ambil gambar harga tiket sebab kecewa tak dapat masuk mini zoo katakan...hehe

Welfie di hadapan kincir angin Kuan Wellness Eco Park


Tempat parking yang luas di Kuan Wellness Eco Park


Lokasi Kuan Wellness Eco Park


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Wahhh cantik tempat ni utk bergambar..

    ReplyDelete
  2. Macam nak try pergi juga lah mesti cantik gambar nanti kan.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.