Gua Tempurung, tempat menarik di Perak yang mesti anda kunjungi

October 19, 2018

Gua Tempurung | Bercerita tentang travel adventure, CN tak dapat lupakan pengalaman CN hiking di Gua Tempurung di Perak 4 tahun yang lalu. Best sangat. CN seolah-olah masuk ke dunia baru. Rasa teruja bila masuk ke dalam Gua Tempurung. Cuma masa tu trip kami memilih Pakej Top Of The World di mana pakej ini adalah pakej kering yang tidak melibatkan aktiviti merangkak-rangkak di dalam sungai. Sudah tentu jika diberi peluang, CN pasti akan mencuba aktiviti yang melibatkan sungai. Best woo..

gua tempurung, hiking di gua tempurung, menarik di Gua Tempurung, harga masuk ke gua tempurung, pakej di gua tempurung

Hiking ke Gua Tempurung


Sempena tahun melawat Perak, pakej hiking ke Gua Tempurung adalah antara aktiviti wajib jika anda ke Perak. Kedudukan Gua Tempurung yang tidak jauh dari bandar Ipoh memang memudahkan pelancong untuk mendapatkan tempat tinggal. 

Paling senang, anda boleh booking hotel dan tiket flight di Traveloka.com. Anda pelbagai jenis hotel yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. 

gua tempurung, hiking di gua tempurung, menarik di Gua Tempurung, harga masuk ke gua tempurung, pakej di gua tempurung
Pemandangan yang awesome di dalam Gua Tempurung

CN cadangkan anda menginap di hotel sekitar bandar Ipoh. Jarak perjalanan dari bandar Ipoh ke Gua Tempurung lebih kurang 40 minit sahaja. Sebelum aktiviti seharian di Gua Tempurung, anda boleh jalan-jalan di bandar Ipoh yang mempunyai pelbagai tarikan. 

gua tempurung, hiking di gua tempurung, menarik di Gua Tempurung, harga masuk ke gua tempurung, pakej di gua tempurung
Peringatan untuk pengunjung di hadapan kaunter tiket Gua Tempurung

Apa yang menarik di Gua Tempurung?


Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Tahukah anda bahawa gua ini juga turut tertulis dalam sejarah Malaysia? Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 - 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1070, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah. Menariknya di dalam Gua Tempurung, selain anda disajikan pemandangan yang sangat awesome, anda juga akan mendapat pelbagai info menarik tentang kejadian unik di dalam Gua Tempurung serta ada dipamerkan juga alatan melombong bijih timah untuk pengunjung.


gua tempurung, hiking di gua tempurung, menarik di Gua Tempurung, harga masuk ke gua tempurung, pakej di gua tempurung
Pelajar CN di hadapan Gua Tempurung sempena trip kelas 3 tahun yang lalu

Terdapat 4 pakej yang ditawarkan kepada pengunjung di Gua Tempurung iaitu : 


Pakej 1 : Golden Flowstone
Bayaran : RM6
# Diberi nama Golden Flowstone kerana apabila hujan, sungai yang mengalir akan melalui bukit membentuk air terjun. Dan istimewanya air terjun tersebut akan berkilau keemasan di dalam gua. 

Pakej 2 : Top of the World
Bayaran : RM9
# Pakej pilihan kami merangkumi laluan pejalan kaki yang kering sehingga ke hujung gua. Tangga yang dipanjat pulak dalam tak sedar rupa-rupanya 640 anak tangga ! Double dari Batu Cave! Memang best ! CN paling suka dekat Wind Tunnel dimana rasa angin yang damai even kita di dalam gua. Memang ajaib, dari manalah angin tu datang sebab Wind Tunnel ni di tengah2 gua..kena tengok National Georaphy untuk tahu jawapannya ! Hehehe

Pakej 3 : Top of the World & Short River Adventure
Bayaran : RM11
# Pakej basah dimana perlu merentasi anak sungai di dalam gua. Ramai kawan yang dah pergi cakap memang best merangkak-rangkak di dalam gua ! Pergh ! Kena repeat lagi ke Gua Tempurung ni.

Pakej 4 : Grand Tour
Bayaran : RM22
# Pakej paling best merangkumi laluan2 yang adventure. Keluar daripada tour ni melalui anak sungai di bawah jambatan tempat entrance. Sebab kitorang tak amik pakej ni, keluar jer dari gua, terjun gak ke dalam sungai ! Last2 basah gak baju budak2 ni duk main air,,hehehe


gua tempurung, hiking di gua tempurung, menarik di Gua Tempurung, harga masuk ke gua tempurung, pakej di gua tempurung
Pemandangan di dalam Gua Tempurung

gua tempurung, hiking di gua tempurung, menarik di Gua Tempurung, harga masuk ke gua tempurung, pakej di gua tempurung
Pemandangan dari luar jalan masuk ke Gua Tempurung.
Air sungai ni memang jernih dan sejuk. Seronok main air di sini. 

Sempena cuti sekolah ni, apalah salahnya membawa anak2 hiking di Gua Tempurung. Selain banyak ilmu yang dapat berkaitan bentuk muka bumi (cikgu Geografi la katakan), kepuasan pasti terpamer di wajah anak2 kerana hiking di Gua Tempurung tak sama dengan hiking di shoping complex! 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. hai,jemput join segmen saya

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.