DKayangan Steamboat & Grill tidak pernah mengecewakan
October 11, 2018
DKayangan Steamboat & Grill | Agak lama CN tidak bersteamboat & grill di DKayangan Steamboat & Grill Shah Alam ni. Last 2 tahun lepas tau. Kali ini saja bawa family kecil makan sedap di sana. Serius masih sedap & ada menu tambahan iaitu teppanyaki pulak. Fuh, mesti cuba hokay. Sedap yang amat! Kebetulan CN ke sana pada hari Sabtu malam ahad. Full house tau. Mujur ada meja kosong untuk family kitorang. Betul-betul sebelah kaunter, hokay lah senang nak ulang alik ambil makanan. Irfan pun suka senang dia nak berulang ambil aiskrim!
Steamboat murah Shah Alam |
DKayangan Steamboat & Grill tidak pernah mengecewakan |
DKayangan Steamboat & Grill - Steamboat Murah Shah Alam
Paling best sudah tentu Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan ini menyediakan lebih 199 jenis hidangan. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai
kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Faveret kami sekeluarga sudah tentu tomyam. Rasa kuah tomyamnya pedas. Mujur Irfan & Dhia memang jenis makan pedas, menambah-nambah dorang makan tau.
Antara lauk yang akan dimasak oleh Encik Suami. Kambing tu kena ambil lebih sebab sedap sangat! Nampak macam tak banyak sebab kitorang masak sikit-sikit dulu. Tak elok membazir tau. |
Pilihan yang tersedia tentunya udang, ketam, kupang, kepah, kerang,
sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran,
aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Terdapat
juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas,
Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo
dan macam-macam lagi. CN suka Sos Yong Tau Foo yang pedas-pedas gituw, memang puas hati.
Antara pilihan seafood yang segar |
Antara pilihan seafood yang segar |
Antara pilihan seafood yang segar |
Menu grill juga mempunyai pelbagai pilihan dengan perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi.
Pilihan bahan perapan untuk grill |
Antara bahan perapan untuk grill |
Selain itu, ada juga makanan sampingan seperti spageti, nasi lemak dan nasi beriani tau untuk pelanggan seperti Encik Suami yang sentiasa mencari nasi! Hehehe! D'Kayangan Steamboat&Grill juga menyediakan pelbagai pilihan desert yang menarik seperti aneka buah yang segar yang menjadi kegemaran Dhia Zahra, aneka kek yang sedap, ais krim dan abc. Kalau ikutkan hati memang takmau balik, nak makan je, tapi Dhia Zahra dah bising ajak balik! Alahai lah anak.
Dhia Zahra yang mengambil kesempatan melantak aiskrim je malam tu |
Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400
orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan
220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti tandas, surau
perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas. Memang sesuai sangat untuk aktiviti seperti makan besar bersama keluarga, sambutan birthday serta jamuan korporat.
Kemeriahan di DKayangan Steamboat & Grill |
Irfan muka kekenyangan makan nasi lemak dengan kambing bakar! |
Teppanyaki kini di D'Kayangan Steamboat& Grill
Teppanyaki? Yeah memang betul. Setiap hari Jumaat hingga Ahad teppanyaki live cooking di DKayangan Steamboat & Grill. Ditawarkan teppanyaki ayam & daging yang pasti menambat selera anda. Dibuka seawal 4 petang hingga 12 tengah malam.
Harga Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan yang berbaloi
Harga buffet yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM 29.90 nett bagi dewasa untuk Isnin hingga khamis manakalah RM33.00 nett untuk hari Jumaat hingga Ahad. Manakala RM 12.50 bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun. Hah, kanak-kanak bawah 4 tahun PERCUMA ye.
Hubungi D'Kayangan Steamboat&Grill untuk tempahan:
Facebook : Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Instagram : D'Kayangan Steamboat
Yeah, dah kenyang. Dah boleh balik ! |
Lokasi Dkayangan Steamboat & Grill Shah Alam
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
Rabia tak pernah makan steamboat.nanti nak ajak my parents makan steamboat lah
ReplyDeleteWah kenyang dah adik makan kat sini..
ReplyDeletesedapn sedap nya! takpernah makan steamboat
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.