Ajar anak kecil membaca awal
October 02, 2018
Ajar anak kecil membaca awal | Ada beberapa tips atau panduan yang ingin CN kongsi hasil daripada bacaan buku AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL, terbitan READNETWORK dan di tulis oleh Pn. Nik Eliani Nik Nawi dan Tn. Hj Othman Ahamad.
Irfan & Dhia yang suka membaca buku Rasa Sayang |
Tips Ajar Anak Kecil Membaca Awal
1. SINGKATKAN MASA
Perlu di ingat, had waktu anak lelaki dan anak perempuan tidak sama terutama yang berumur dapam lingkungan 4-5 tahun. Anda sebagai ibubapa lebih mengenali anak-anak anda bukan?
Namun, masa yang paling baik yang di cadangkan oleh penulis ialah 5 minit untuk anak PEREMPUAN, 2 minit untuk anak LELAKI. Jadi, sesi masa untuk sesi belajar bagi anak-anak yang sesuai ialah 2-5 minit sahaja. Ini secara intensif, jika anda mahu melanjutkan lagi sesi belajar anak, gantikan dengan sesi bermain.
Contoh :-
2-5 minit === sesi belajar SEBUT BUNYI & KENAL SIMBOL
5-10 minit === sediakan aktiviti BERMAIN yang sesuai dengan apa yang anak dah belajar tadi. (Boleh rujuk dalam buku permainan kreatif)
SINGKATKAN MASA untuk pembelajaran yang lebih berkesan dan sediakan aktiviti BERMAIN untuk pengukuhan anak-anak.
2. BERHENTI SEBELUM JEMU
Adalah lebih baik jika anda berhenti mengajar ketika anak masih dalam MOOD belajar. Uiks, kenapa macam tu?? Anak tengah syok belajar kenapa nak STOP?? Haaa... ini lah tricknya, supaya anak itu berasa tidak puas belajar dan memudahkan kita untuk meneruskan sesi seterusnya nanti. Which is by that time anak tu dah tak sabar nak belajar lagi dan lagi dan lagi ☺️☺️☺️ hoooreeeyyyy!!!!
Belajar Membaca sungguh seronok untuk kanak kanak ! 😍😍
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
nice sharing.. sangat infomatif
ReplyDeletebagus kan ajar dr awal
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.