Bestnya Mary Kay Skincare & Makeup
September 10, 2018
Mary Kay Skincare & Makeup | Sebut sahaja jenama Mary Kay, pasti ramai sudah tahu keberkesanan skincare & makeupnya yang best. Produk dari US ini sudah lama bertapak di Malaysia. Mary Kay antara produk kecantikan yang dipercayai ramai termasuklah CN. Sebenarnya sudah lama CN pakai makeup jenama Mary Kay ini, cuma tidak pernah belajar secara formal cara pemakaian yang betul skincare serta makeup Mary Kay ini. Kali ini CN berkesempatan belajar cara betul menggunakan skincare & makeup Mary Kay dari full time Beauty Consultant iaitu Ardilla Adnan.
Hasil contengan muka CN menggunakan Mary Kay Skincare & Makeup |
Cara Betul Menggunakan Skincare & Makeup Mary Kay
Dari zaman anak dara sampai sekarang, rupanya cara CN menggunakan skincare salah tau! Biasalah, cara CN ni kasar. Main tonyoh je. Mana tak kedut muka tu! Dari cara pemakaian skincare sampai lah makeup CN belajar dari Ardilla Adnan ini tau. Memang best ! Banyak ilmu CN dapat. Kalau anda berminat untuk belajar cara guna skincare & makeup yang betul, boleh terus hubungi Ardilla ye.
Kali pertama CN belajar lukis kening, hokay tak? |
Oh ya, tempat belajar kitorang pun best di Bandar Baru Bangi. Sangat selesa & ada banyak port cantik untuk bergambar. Apa lagi, selepas makeup terus bergambar hokay!
Mary Kay Beauty Consultan - Ardilla Adnan |
Mary Kay Satin Hands yang mesti anda cuba !
Antara produk skincare yang telah menambat hati CN adalah Mary Kay Satin Hands. Sesuai untuk kulit jenis kombinasi seperti CN. Kali pertama guna terus suka hokay. Muka rasa ringan & flawless je. Paling best sudah tentu produk Mary Kay ini bukan produk timbang kati hokay. Trusted brand yang mesti anda cuba.
Mary Kay Satin Hands yang mesti anda cuba |
Berminat untuk belajar cara betul facial care & makeup Mary Kay?
Anda boleh terus hubungi Mary Kay Beauty Consultant, Ardilla Adnan.
Hp : 018-3895571
Facebook : @Allydra
Instagram : @Allydra
Email : ardillaadnan@gmail.com
Blog : www.deespeaking.blogspot.my
Jika anda ingin belajar cara betul menggunakan skincare & makeup, boleh bawa rakan ramai-ramai belajar dengan Ardilla ye. Belajar makeup ramai-ramai memang best. Havoc gituw.
Paling best, Ardilla ni boleh cover kawasan sekitar Selangor, KL & Negeri Sembilan. So rojer je adik manis ni ye.
CN bersama Mary Kay Beauty Consultan, Ardilla Adnan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
terbaek :)
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.