Apakah Tathayyur?
September 14, 2018
Apakah Tathayyur | Sebahagian orang mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah syirik. Contoh-contoh Tathaiyur :
>> tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
>> kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
>> ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur.
>> keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
>> tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
>> kucing hitam melintas kononnya ada musibah bakal berlaku
>> air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
>> sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
>> menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
Apakah Tathayyur? |
Kenapa Tathayyur dikatakan syirik?
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل
"Dari Ibnu Mas'ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, Bertathaiyur itu syirik, dan tiada antara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal".
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)
Bahaya At-Tathayyur
“At-Tathayyur” dapat menidakkan “At-Tauhid” dari dua sisi:
1. Pelaku “At-Tathayyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Taala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Taala. Padahal Allah Subhanahu Wa Taala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surat Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]
Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)
2. Pelaku “At-Tathayyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya saja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung).
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.