126 Tahun-Ayam Brand Sebahagian Daripada Sejarah&Warisan Budaya Malaysia

September 18, 2018

126 tahun Ayam Brand | Dari zaman British, Malaya ke Malaysia, Ayam Brand sentiasa mengekalkan akar umbinya di negara ini. Produknya yang telah dinikmati dan disayangi oleh generasi rakyat Malaysia, menjadikannya salah satu makanan ruji yang paling penting di rantau ini. Setiap orang akan menggambarkan jenama ini dengan frasa “saya membesar dengannya”.

ayam brand, sardin ayam brand halal, ayam brand annual report, ayam brand factory in taiping, ayam brand products, ayam brand sponsorship, ayam brand malaysia address, ayam brand singapore, ayam brand career, ayam brand shah alam
The Heritage Box dari Ayam Brand sempena 126 tahun

Ayam Brand - Jenama dipercayai rakyat Malaysia


Ayam Brand diasaskan di Malaya pada tahun 1892 dan pada mulanya merupakan perniagaan perdagangan produk mewah yang diimport dari Perancis. Logo dahulu masih digunakan pada hari ini memperlihatkan ayam jantan dan nama pengasas, Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis. Penduduk tempatan menamakan produk ini sebagai ‘Ayam Brand’ atau ‘Cap Ayam’ dari gambar ayam jantan. Nama tersebut melekat dan beberapa dekad kemudian, jenama Alfred Clouet ini secara rasminya dinamakan semula sebagai Ayam Brand yang masih kekal sehingga ke hari ini.

ayam brand, sardin ayam brand halal, ayam brand annual report, ayam brand factory in taiping, ayam brand products, ayam brand sponsorship, ayam brand malaysia address, ayam brand singapore, ayam brand career, ayam brand shah alam
Logo asal Ayam Brand dari Perancis

Pada masa Kemerdekaan Malaysia, nama syarikat “Clouet Malaya” tidak lagi wujud. Sebuah syarikat baru yang dipanggil A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1957 di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Syarikat ini mempunyai pertalian dengan keluarga diraja Negeri Sembilan sebagai salah satu pemegang saham utamanya dengan Allahyarham Tunku Tan Sri Mohamed Tunku Besar Burhanuddin. Dan pada hari ini, anaknya Dato Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed masih merupakan salah satu pemegang saham utama syarikat.

ayam brand, sardin ayam brand halal, ayam brand annual report, ayam brand factory in taiping, ayam brand products, ayam brand sponsorship, ayam brand malaysia address, ayam brand singapore, ayam brand career, ayam brand shah alam
Kronologi jenama Ayam Brand di Malaysia

Walaupun gambar ayam jantan jarang sekali berubah sejak bertahun lamanya, tidak ramai yang mengetahui cerita disebalik warna merah dan kuning ikonik sardin dan mackerel dalam sos tomato Ayam Brand. Warna-warna ini diperkenalkan pada tahun 1960 bagi menyerlahkan kualiti unggul produk tersebut kerana Ayam Brand telah mula menerima sardin premium dari Jepun. Bungkusan ini menjadi simbol rantau ini dimana pengguna mengenali Sardin Ayam Brand menerusi warna merah dan kuning jenama tersebut.

ayam brand, sardin ayam brand halal, ayam brand annual report, ayam brand factory in taiping, ayam brand products, ayam brand sponsorship, ayam brand malaysia address, ayam brand singapore, ayam brand career, ayam brand shah alam
Ayam Brand Chili Tuna dengan 3 level pedas

Bermula pada tahun 1957, Ayam Brand telah mula melaksanakan tahap kawalan kualiti ikan yang tinggi dan melabur di sebuah kilang di Taiping, Malaysia. Hari ini, dengan 1200 pekerja tempatan Malaysia menjadikan kilang sardin tersebut antara yang terbesar di Asia Tenggara. 100% daripada sardin Ayam Brand dikeluarkan di Taiping.

Sardin Ayam Brand Halal


Kilang Ayam Brand telah menerima pensijilan tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan. Mereka adalah antara yang terpilih yang dibenarkan mengeksport ke Amerika Syarikat dan Eropah. Salah satu yang paling penting di Malaysia adalah pensijilan JAKIM, yang merangkumi bukan sahaja keperluan agama tetapi juga memperakui kualiti pengeluaran. Ayam Brand telah disenaraikan sebagai senarai putih oleh JAKIM yang hanya meliputi syarikat makanan yang boleh dipercayai.

ayam brand, sardin ayam brand halal, ayam brand annual report, ayam brand factory in taiping, ayam brand products, ayam brand sponsorship, ayam brand malaysia address, ayam brand singapore, ayam brand career, ayam brand shah alam
Antara ikonik produk Ayam Brand iaitu Ayam Brand Sardines


Ayam Brand terkenal dengan kualiti. Mereka masih menggunakan proses pengeluaran yang manual kerana perjagaan yang rapi diperlukan. Selain daripada pemilihan ikan yang ketat, pemprosessan sardin Ayam Brand memerlukan lebih daripada 1,000 pekerja tempatan Malaysia yang berkelayakan untuk pemotongan ikan sardin, dicuci dan dibasuh dengan tangan. Ikan sardin juga dimasukkan ke dalam tin secara manual supaya ikan tersebut tidak rosak dan kualitinya akan terpelihara. Kualiti merupakan asas bagi semua produk Ayam Brand, dengan seramai 120 pekerja yang bekerja di jabatan kualiti bagi memastikan piawaian tertinggi tidak sahaja dipelihara tetapi juga sentiasa bertambah baik.

Ayam Brand kini 126 tahun !


Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di Asia Tenggara sejak 126 tahun yang lalu yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin yang berkualiti tinggi; tiada bahan pengawet; tiada MSG serta amat mudah digunakan. Produk-produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang  mendapat piawaian tertinggi dunia (HACCP, ISO 9001)  serta disahkan ‘Halal’. selama empat tahun berturut-turut bermula 2013 hingga 2016, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima jenama makanan terbaik dan paling digemari serta antara 10 jenama FMCG paling diminati oleh rakyat  Malaysia seperti yang tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.

Layari www.ayambrand.com.my atau maklumat terkini di Facebook & Instagram. 
ayam brand, sardin ayam brand halal, ayam brand annual report, ayam brand factory in taiping, ayam brand products, ayam brand sponsorship, ayam brand malaysia address, ayam brand singapore, ayam brand career, ayam brand shah alam
Heritage Box sempena 126 tahun Ayam Brand


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. lama dah rupanya ayam brand ni bertapak dalm industri..:)

    ReplyDelete
  2. Kalau tuna memang cari jenama ayam brand aje... Yg tu je sedap...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.