Ayam golek team subang, healthy food pada harga murah
August 18, 2018
Ayam Golek Team Subang | Bayangkan anda lapar tengah-tengah malam tapi anda sedang berdiet. Anda perlu makan healthy food sebagai supper. Mana nak cari healthy food malam-malam kan? Jangan risau, Ayam Golek Team Subang kan ada? Lokasi kedai Ayam Golek Team Subang ni dekat je dengan highway KESAS, senang pecut je masuk highway dah sampai. Boleh makan ayam golek yang healthy ni cicah dengan kicap pedas resepi istimewa dari Terengganu, pergh!
Ayam golek team subang, healthy food pada harga murah |
Healthy Food In Subang
Disebabkan lokasinya yang bersebelahan dengan Iron Bull Gym yang glamer tu, sudah tentu Ayam Golek Team Subang sesuai untuk mereka yang sedang menjaga badan. Air yang dijual pun healthy iaitu air buah je. CN suka sangat dengan kedai Ayam Golek Team Subang. Almaklumlah, CN tengah menjalankan misi kurus ni. Jadi perlulah jaga pemakanan.
CN & Dhia Zahra di kedai Ayam Golek Team Subang |
Tengoklah video ayam golek di bawah ni. Menggoda kan? Sedap tau. Perapan ayam dia memang wow. Tak pelik lah abam-abam sado yang exercise di gym ni, mesti akan singgah makan Ayam Golek Team Subang ni. It's really healthy!
Video Ayam Golek Team Subang yang pasti menggoda anda
Air buah bersama potongan buah sebenar. Memang sedap ! |
Harga Menu di Ayam Golek Team Subang
Menu utama iaitu Ayam Golek Team Subang (seekor) cuma RM25.00 sahaja. Paling special sudah tentu Nasi Ayam Golek Team Subang yang berharga RM10 sahaja. Sedap yang amat! Nasinya lembut, sup sedap dan sudah tentu ayam goleknya yang power. Dicicah dengan cili kicap pedas resepi istimewa dari Terengganu, pergh! Rasa nak tambah-tambah je makan. Tapi disebabkan tengah diet, bertabahlah makan satu set je.
Harga menu di Ayam Golek Team Subang |
Selain makan di kedai, anda juga boleh menempah Ayam Golek Team Subang untuk majlis anda. CN dulu kahwin pun hidang ayam golek tau. So kalau nak tempah ayam golek yang sedap ni, boleh terus contact Nazrin (Yen) - 0183104916.
Menggoda tak Nasi Ayam Golek Team Subang? Salad tu fresh tau. Rangup krup krup bila dimakan gituw |
Penuh pinggan Encik Suami dengan salah sebab anak-anak tak makan salad..hehe |
Irfan cuma makan nasi bersama ayam & sup. Tu pun dia cakap "sedap mama!" |
Ingin Cuba Ayam Golek Murah di Subang
Anda boleh terus ke Ayam Golek Team Subang yang bersebelahan dengan Iron Bull Gym belakang Summit USJ. Senang je nak kesini, cuma waze Iron Bull Gym.
Alamat 👇
No. 751, Sub 23 & 24, Jalan Subang 3, Subang Jaya Industrial Park, 47610, Subang Jaya.
Untuk maklumat lanjut boleh follow Instagram @ayamgolekteamsubang.
Tempahan boleh contact boss Nazrin 👇
4 comments
jarang jumpak kedai yang jual healthy food ni. rasanya tempat saya takde kot kalau malam malam macamni. ni kalau dekat dah lama pergi tapi tu lah jauh.
ReplyDeleteby the way, nak cakap sikit ni yang saya dah letak blog ni dalam bloglist di sidebar saya. suka sangat blog ni
menarik...boleh cuba :D
ReplyDeleteMacam best je makan ayam golek ni..
ReplyDeleteuuuish sedapnya. harga pun okay =)
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.