AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG
August 19, 2018
Pada era yang moden ini, masa
merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana
dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai
diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah
rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai
faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk
akibat pencemaran.
Safi Shayla - Tanpa Batasan, Tanpa Henti |
SAFI Shayla – Produk Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
Keyakinan diri adalah kunci utama bagi
golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan
bertenaga. Oleh sebab itu, golongan
wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun
kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia
dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan
tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut
wanita bertudung – SAFI SHAYLA. Produk
ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini
memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak
Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang
rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.
SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru
yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal.
Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan
dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan
Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan
kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula,
Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari
keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.
Micro
Bamboo Charcoal
membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut
berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan
kotoran, Micro Bamboo Charcoal
menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau
rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung
kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.
SAFI SHAYLA kini
mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi
formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga
disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan
disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia
dapat dapat bertahan selama 48 jam.
Pakar dalam
penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita
bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan
soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA
ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri
bagimengejar impian dan cita-cita setinggi gunung,tidak kira di dalam bidang
apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan
menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut
syampu Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab , Serum Rambut dan Minyak
Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.
Mist 2 dalam 1
Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya
yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan
kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke
atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab sangat sesuai dalam
kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia
dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan
rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan
membuatkan rambut lebih ringan.
Hasil gabungan
ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut
dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin
Terurus dan Hitam Menawan. Minyak rambut SAFI
SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus
memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.
Setiap variasi
produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi
satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia
dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri
dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.
Rangkaian produk
SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :
1. Syampu
– 160g (RM8.35) / 320g (RM13.65) (8 variasi)
2. Syampu
pouch – 480g (RM14.65) (5 Variasi)
3. Syampu
pump – 520g (RM19.90) (5 Variasi)
4. SAFI
SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ml (RM17.90)
5. SAFI
SHAYLA Serum Rambut – 50ml (RM17.90)
6. SAFI
SHAYLA Minyak Rambut – 100ml (RM11.90)
Rangkaian penjagaan
rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan
hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak. SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi
semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain
papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA
mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan
kesan haruman sepanjang hari.
Rangkaian produk
SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal.
SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web
dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke
laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang
Instagram di SAFI @safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
4 comments
wangi shampoo syala ni, suka pakai....
ReplyDeleteSuka tgk video iklan tu .. hehehe .. eh ada mira filzah la .. :P
ReplyDeleteOpps .. mira filzah iklan lain .. hahaha ..bukan kat dalam syampo shayla la .. kah kah ..
ReplyDeletepackaging lawa.. Safi antara brand yang dipercayai dari dulu =)
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.