7 Kelebihan Plank yang mesti anda tahu
August 16, 2018
Kelebihan Plank yang mesti anda tahu | CN mula mengenali latihan plank semasa belajar di Kolej Matrikulasi Perak. Masa tu, lecturer CN cakap latihan workout paling mudah tapi impak besar adalah plank. Plank adalah senaman yang menampung berat badan anda tanpa menggunakan apa-apa peralatan. Ia sangat mudah dan boleh dilakukan dimana sahaja. Paling menarik plank ini sangat efektif untuk mengempiskan perut. Disebabkan tu CN kembali melakukan plank setiap hari dek kerana perut yang semakin buncit! Gigih CN dan Encik Suami melakukan plank setiap hari untuk mendapatkan perut yang seksi gituw.
Plank workout |
7 Kelebihan Plank
Selain untuk mendapatkan perut yang seksi, plank juga mempunyai pelbagai kelebihan yang mesti anda tahu.
1. Membentuk abdomen yang mantap
: Ini kerana latihan plank berhubung dengan semua otot penting otot transverse (meningkatkan keupayaan mengangkat benda berat), otot rectus (dimana terbentuknya six pack perut), otot oblique (meningkatkan kapisiti menahan tubuh ketika berdiri & waist twisting) serta glutes(menyokong bahagian belakang dan membentuk pinggul).
2. Mengurangkan risiko kecederaan tulang belakang
: Latihan plank memberi tekanan atau bebanan kepada pinggul dan tulang belakang. Latihan plank setiap hari bukan sahaja mengurangkan sakit belakang malah menguatkan otot bahagian belakang anda. Selepas itu tiada lagi masalah sakit belakang dan tidur akan lebih nyenyak. Malah palig best, postur tubuh juga semakin baik.
3. Meningkatkan metabolisme
: Plank workout adalah cara terbaik untuk mencabar seluruh badan kerana aktiviti ini membakar lebih banyak kalori berbanding senama abdomen tradisional yang lain seperti sit-up dan crunches. Otot yang dirangsang semasa latihan plank ini akan memastikan anda membakar lebih banyak tenaga walaupun ketika anda tidak aktif. Dengan mengamalkan latihan plank 10 minit setiap hari, ia akan memastikan kadar yang metabolik anda kekal tinggi sepanjang hari walaupun ketika anda sedan tidur.
4. Memperbaiki postur dengan ketara
: Plank workout yang konsisten setiap hari akan meningkatkan keupayaan anda untuk berdiri dengan postur lurus dan stabil. Melalui pengukuhan otot teras, anda akan dapat mengekalkan postur yang betul pada setiap masa kerana kekuatan otot di abdomen memberi kesan mendalam kepada keadaan leher, bahu, dada dan belakang anda.
5. Memperbaiki keseimbangan seluruh badan
: Pernahkah anda rasa apabila sedang berdiri di atas satu kaki, anda tidak dapat berdiri tegak selama lebih daripada beberapa saat? Tahukah anda ini adalah kerana otot abdomen anda tidak cukup kuat untuk memberikan keseimbangan yang anda perlukan. Senaman plank, side plank dan plank with extensions akan memperbaiki keseimbangan dan meningkatkan prestasi anda dalam semua jenis aktiviti sukan.
6. Menjadi lebih fleksibel
: Dengan melakukan senaman plank secara kerap, kumpulan otot posterior anda iaitu bahu, tulang belikat dan tulang selangka akan mengembang dan tertarik. Ia juga meregang otot hamstrings, kaki dan jari kaki anda. Dengan menambah senaman side plank, anda juga boleh melatih pada otot oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang yang mana ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda.
7. Terapi mental
6. Menjadi lebih fleksibel
: Dengan melakukan senaman plank secara kerap, kumpulan otot posterior anda iaitu bahu, tulang belikat dan tulang selangka akan mengembang dan tertarik. Ia juga meregang otot hamstrings, kaki dan jari kaki anda. Dengan menambah senaman side plank, anda juga boleh melatih pada otot oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang yang mana ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda.
7. Terapi mental
: Tahukah anda plank memberi kesan kepada sistem deria dan ia meningkatkan mood anda menjadi lebih baik. Plank ini meregangkan otot yang berkait rapat menyumbangkan tekanan dan keresahan. Dengan plank, ia akan menenangkan fikiran terutama untuk anda yang sering mengalami simptom keresahan (anxiety).
Amacam? Menarik kan kelebihan plank ini. Jadi apa tunggu lagi, jom plank !
Amacam? Menarik kan kelebihan plank ini. Jadi apa tunggu lagi, jom plank !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.