5 tips simpan daging korban yang betul
August 20, 2018
5 tips simpan daging korban yang betul | Kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat sudah betul, tapi rupanya ianya adalah salah. Jadi disini CN kongsikan 5 tips simpan daging korban yang betul hasil perkongsian dari group whatsapp sebagai panduan untuk CN dan juga pembaca tersayang.
Tips simpan daging korban yang betul |
Tips Simpan Daging Korban Yang Betul
1. JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg. Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam compartment sejuk beku/freezer.
4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.
5. Tips tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanker. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
good sharing :D
ReplyDeletepatutla memang dapat2 daging slalu terus sumbat masuk fridge. hehe rupanya memang gitu caranya =D
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.